Wednesday, April 6, 2011

Bab 37-40

Bab 37
TENGKU SYAHRAN melemparkan fail-fail yang dipegang ke atas meja.Kertas-kertas kerja yang bertaburan di sekitar lantai dibiarkan menghiasi biliknya yang sememangnya berserabut.Kerutan di dahi menunjukkan otaknya yang sedang bingung ketika itu.Satu kerja yang dilakukan tidak langsung menarik perhatian.Asyik-asyik wajah Zahlia yang muncul dalam fikiran.Ditoleh ke kanan, Zahlia sedang tersenyum.Ditoleh ke kiri, Zahlia sedang ketawa.Ah, segala-galanya rumit mengganggu ingatan!
Tengku Syahran menyandarkan tubuh ke kerusi.Termenung lagi! Itulah rutin hariannya sejak dia cuba melupakan Zahlia.Namun, dia tidak berjaya.Kekerapan wajah Zahlia muncul dalam ingatannya semakin menjadi-jadi mengganggu hidupnya.
Tengku Syahran mengeluh.Sudah tiga bulan hubungannya dengan Zahlia hambar dan dingin.Tiada lagi gurauan yang selalu lahir dari bibirnya untuk mengusik wanita itu.Semuanya hanya kesepian yang melayari setiap ruang antara dia dan Zahlia.
Tengku Syahran akui Zahlia masih belum berputus asa memujuknya di mana-mana.Tidak kiralah dia sedang bekerja atau di rumah.Sekiranya dia di pejabat pasti ada sahaja bungkusan yang dihantar.Jika dia di rumah, Zahlia akan merayunya selepas solat berjemaah.Namun, Tengku Syahran sengaja mencipta ego antara mereka.
Dia gembira apabila Zahlia menantinya pulang setiap hari.Kadangkala sampai tertidur di kerusi panjang.Kalau boleh Tengku Syahran mahu perkara itu menjadi kebiasaan bagi wanita itu.Dia hanya mahu wajah wanita itu yang datang kepadanya ketika dia sedang keletihan seharian di pejabat.Sesungguhnya Tengku Syahran masih menyayangi wanita itu!
Tiba-tiba pintu biliknya terkuak.TengkuSyahran mendongak.Kelihatan Adli terpacul di situ.Tengku Syahran menjatuhkan kepalanya semula.Membiarkan lelaki itu masuk ke biliknya seperti biasa.
Adli duduk di hadapan Tengku Syahran.Memerhati gelagat teman yang seperti menanggung beban masalah.Adli sudah tahu puncanya.Anissa sendiri yang memberitahunya semalam.
“Syah, apa kena dengan kau ni sebenarnya? Kau dah gila agaknya?” Adli bersuara tenang dengan matanya tepat memandang Tengku Syahran.
“Gila? Aku gila?? Entah.Aku pun tak sedar,” jawab Tengku Syahran masih memandang siling pejabatnya.
Adli mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.
“Apa yang kau nak sebenarnya, Syah? Dulu, kau yang beria-ia nakkan si Alia tu! Sekarang, bila dia dah datang, kau buat begini pulak! Kau ingat dia tu apa? Bila dah bagi harapan, dia pun dah percayakan kau, kau tinggalkan dia! Hisy… tak masuk akal,” ujar Adli dengan sisa kemarahan.Dia hairan dengan tindakan Tengku Syahran yang berubah-ubah.
“Bagaimana kau tau hal ni?” soal Tengku Syahran hambar.
“Dia datang cari Anis.Rupa-rupanya kau dah tak tegur dia selama tiga bulan, Syah.Kalau ikut Islam dah berdosa.Kau langsung tak beritahu aku masalah kau.Kenapa?”
“Hal rumah tangga aku, buat apa nak heboh-heboh!”
Adli ketawa.
“Hei, sejak bila kau pandai nak berahsia ni? Dulu, pantang ada masalah sikit, kau cari aku.Sekarang, masalah yang rumit macam ni pun kau boleh buat main-main.Pelik!” Adli masih ketawa.
“Ini hal antara aku dengan Alia, Li! Biar aku selesaikan sendiri.” Suara Tengku Syahran tegas.
“Tapi,apa yang kau nak buat? Dia menangis tersedu-sedan mengadu kat Anis.Kau tak kesian ke? Dulu, kau yang hampir setengah mati dibuat dia.Bila dah jadi macam ni, kau main-mainkan perasaan dia.Manusia jenis apalah kau ni, Syah?”
Tengku Syahran terdiam memikirkan kata-kata Adli.Pedih hatinya dituduh begitu.
“Li, aku masih sayangkan dia.Aku tak pernah buang dia dari hati aku.Tapi, ego dia tinggi sangat.Aku bengang!” Tengku Syahran berkata geram.
“Sekarang kan dah okey.Dia beritahu Anis yang dia dah sayangkan kau.Kenapa kau pulak nak melayan ego?”
“Aku sakit hati tau tak? Dia buat aku macam aku ni tak ada perasaan.Kalau macam nilah hidup yang perlu aku lalui sepanjang hayat, lebih baik kami buat hal sendiri.”
“Astaghfirullah-al-azim… mengucap Syah! Kau ni, makin lama aku kenal, makin tak faham aku dengan perangai kau!” Adli menggerutu.
Tengku Syahran ingin membalas namun suara yang bergema di interkom mematikan niatnya.
“Encik Syahran, ada bungkusan untuk encik.” Suara Yani bergema di situ.
Tengku Syahran memandang Adli.
“Nak pujuk akulah tu,” ujar Tengku Syahran kepada Adli.Temannya itu hanya ketawa.
“Kalau bungkusan seperti selalu tolong batalkan.Tak pun awak buang ajelah,” luah Tengku Syahran di interkom.
“Bukan.Yang ini lain sikit,” ujar Yani lagi.
Tengku Syahran terdiam sebentar.
“Tak apalah.Bawa masuk.”
Tidak lama kemudian, jari-jemari Tengku Syahran sedang menari-nari di permukaan kotak yang berbungkus cantik.Kalau selalu, bungkusannya hanya menggunakan kertas yang berwarna coklat.Tetapi, hari ini kotak yang dibungkus kemas itu kelihatan amat menarik.
“Bukalah Syah! Aku pun nak tengok jugak apa yang Alia bagi,” beritahu Adli tidak sabar.
Tengku Syahran meletakkan bungkusan itu di atas meja.
“Mesti benda yang merepek-repek macam selalu.Dia ingat aku ni perempuan agaknya.Bagi coklat, bunga, candy! Bosan,” rungut Tengku Syahran.
“Habis, kau tak naklah ni? Biar aku ambil.” Adli mencapai bungkusan itu.
Tengku Syahran membeliakkan mata.
“Eh, mana boleh? Ini Alia bagi aku!” Tengku Syahran merampas semula.
“Hipokrit! Perangai macam budak-budak.Mengaku ajelah yang kau dah termakan pujuk rayu Alia?”
Tengku Syahran menunduk.
“Aku kalah,Li! Alia betul-betul mampu buatkan aku jadi gila,” ucap Tengku Syahran.
“So, tunggu apa lagi? Bukalah… aku pun nak tengok jugak!”
“Eeee… tak malu.Pergilah balik bilik kau.Sibuk aje.”
“Eleh, berlagak.Nanti, bila aku dapat hadiah dari Anis, tak ingin aku nak tunjukkan pada kau.”
“Kalau nak… merajuklah macam aku!”
Adli melangkah keluar dengan ketawanya.
Tengku Syahran tersenyum melihat kelibat Adli berlalu pergi.Dia berasa lega tiba-tiba.Bungkusan itu terus dikoyak sehingga matanya terpahat pada sebentuk kotak yang berukir cantik.Terus pandangannya melekat pada sebentuk jam berjenama Guy Laroche berwarna perak yang menyilaukan mata.Bibir Tengku Syahran tersenyum.Secebis kad kecil tersepit di tepi kotak itu ditarik keluar.Tengku Syahran memahatkan pandangan pada bait-bait tulisan yang tertera di kad kecil itu.
Untuk abang tersayang,
Alia masih tetap mahu berusaha untuk memujuk hati abang.Alia dah sedar kesilapan Alia..Maafkan Alia…
Alia.

Tengku Syahran tersenyum lagi.Jam yang tersepit di dalam kotak itu ditarik.Jam lama yang masih tersangkut di pergelangan tangan, dibuka lalu Tengku Syahran menyarungkan jam berwarna perak itu di pergelangan tangannya.Jam Guy Laroche Itu terus dibiarkan melekat sehingga dia leka meneruskan kerjanya.
ZAHLIA tersenyum apabila melihat wajah Tengku Syahran muncul di muka pintu.Walaupun wajah itu tidak menghadiahkan senyuman namun, keadaan itu tidak langsung menggugat perasaan Zahlia yang tidak pernah berputus asa untuk memujuk hati suaminya.
Zahlia segera mendapatkan Tengku Syahran.Tangan lelaki itu dicapai untuk disalam dan dikucup seperti selalu.Beg yang dipegang oleh Tengku Syahran diambilnya dan diletakkan di atas kabinet.Tengku Syahran hanya memerhatikan gelagat Zahlia dengan ekor matanya.Hatinya tercuit.Marahnya telah lama reda.Cuma dia masih mahu menguji kesungguhan wanita itu.Dia ingin lihat sejauh mana Zahlia mampu melayani karenahnya.
“Abang dah terima hadiah Alia?” soal Zahlia.
“Kenapa membazir? Ingat abang ni dah tak ada duit nak beli?” Tengku Syahran sengaja menempik.
Zahlia mencebik.
“Kalau ada duit kenapa tak beli dari dulu?” jawab Zahlia berwajah selamba.
“Abang tak nak membazir.Jam lama abang tu masih elok.”
“Eleh, Alia tengok jam lama abang tu tinggal nak tertanggal skru aje.Agaknya kalau ada orang tarik skru sampai tercabut pun abang masih nak pakai.” Zahlia menjawab lagi.
“Kalau dah tau kenapa beli?” tanya Tengku Syahran.
“Kenapa, abang tak mahu? Bagi Alia balik! Harta kalau bertimbun pun tak guna kalau tak tau nak menghargai masa.” Zahlia terus-terusan mengata.
“Kalau kita aje tau menghargai masa, orang lain pulak tak tau nak hargai buat apa? Sia-siakan waktu dengan bersikap endah tak endah, pun tak guna jugak, kan?” kata-kata Tengku Syahran membuatkan Zahlia terdiam seketika.
“Abang sindir Alia ke?” perlahan Zahlia bertanya.Ada nada kesalan di situ.
“Kenapa? Alia terasa? Ada abang sebut nama Alia? Tak ada, kan? Kenapa pulak Alia nak terasa?” Tengku Syahran masih berlagak tenang.
Zahlia mengangkat kepalanya semula.Memberanikan diri merenung mata suaminya.
“Sampai bila abang nak hukum Alia begini? Dah tiga bulan abang buat Alia terseksa.Sampai hati abang.Nanti, kalau Alia mati, Alia jadi hantu, jaga-jagalah abang!” kata-kata Zahlia membuatkan Tengku Syahran ketawa besar.
Zahlia mendengus geram.
“Kenapa ketawa?”
“Abang pun teringin nak tengok rupa Alia bila jadi hantu! Mesti seram.” Tengku Syahran berkata dengan sisa ketawanya.
Zahlia mengancingkan giginya.
“Eeee… malaslah nak layan abang.”
Zahlia mengatur langkah untuk berlalu.Namun, tangan Tengku Syahran pantas memaut lengannya.Zahlia tersentak.
Bibir Tengku Syahran dilihatnya sedang mengukir senyuman.Senyuman yang terlalu dirindui untuk ditatapi.
“Kenapa cepat sangat mengalah? Dalam kad ucapan bukan main lagi, tetap nak berusaha memujuk hati abang konon! Alia ni berlagak aje lebih,” ujar Tengku Syahran tepat merenung wajah wanita kesayangannya.
“Alia dah berusaha lebih tiga bulan, abang yang tak nak maafkan Alia.Alia dah penat nak pujuk abang lagi.Abang layanlah rajuk abang sorang-sorang,” jawab Zahlia membalas tenungan Tengku Syahran.
“Alia tak takut dosa, kalau betul-betul abang mati?”
“Alia dah cakap, Alia dah sedar kesilapan Alia.Abang aje yang tak nak maafkan.Buat apa nak susah-susah merayu orang yang keras kepala macam abang.Buat habis air liur aje.”
Tengku Syahran ketawa.Bebelan Zahlia amat menyenangkan hati.
“Abang dah lama maafkan Alia.Cuma abang sengaja nak menguji kesungguhan Alia memujuk abang.Hemm… taklah sehebat mana! Abang ingatkan Alia sanggup bina rumah impian untuk abang!”
“Hisy… tak ingin! Daripada bagi abang, lebih baik Alia duduk sendiri.Lagi senang hati.Tak payah nak memeningkan kepala melayani karenah abang tu! Dahlah, Alia malas nak layan abang.Alia nak pergi makan.”
Zahlia mula menjarakkan diri.Hatinya sudah tenang.Sedikit sebanyak kata-kata maaf Tengku Syahran berjaya meleraikan perasaan bersalah yang kian menjalar dalam dirinya.Setelah memakai tudung, Zahlia melangkah ke arah pintu.Ketika dia baru hendak membuka pintu bilik, suara Tengku Syahran memecah gegendang telinganya.
“Abang pun lapar jugak.Tapi, abang nak makan lauk-pauk dari air tangan isteri abang sendiri.Hari ni, Alia kena masak untuk abang.”
“Habis, lauk yang Kak Salmah masak tu? Membazir aje.” Protes Zahlia dengan kerutan di dahinya.
“Rumah ni kan banyak kucing.Sedekahkan aje pada kucing, banyak pahala! Abang tak kisah, abang nak makan lauk-pauk yang Alia masak.Kalau tak, abang hukum Alia lagi,” jawab Tengku Syahran membeliakkan matanya.
“Perangai tak ubah-ubah.” Zahlia mengetap bibir dan terus berlalu keluar dengan bebelan.
Tengku Syahran hanya ketawa.Hatinya berbunga kembali.Tenang dan damai.Dia terus melangkah ke bilik air dengan senyuman yang mekar di bibirnya.

Bab 38
FAIZAL terlena di sebelah Linda.Suasana bilik yang suram dan gelap telah menyaksikan segala perbuatan maksiat mereka beberapa jam yang lepas.Linda tersenyum kecil sambil memainkan jari telunjuknya di wajah Faizal.
Faizal tersedar.Terus bibirnya tersenyum kecil.Perlahan-lahan wajahnya didekatkan ke Linda.Mengucup pipinya.Tanpa sedar, dia mula bertindak ganas.Merangkul tubuh Linda.Dicumbunya segenap tubuh Linda yang putih gebu itu.Linda berasa rimas.Ditolak wajah Faizal yang semakin menggila.
“Kenapa ni sayang?” soal Faizal sambil membelai rambut Linda yang kusut.
Linda tersenyum menggoda.
“Cukuplah untuk hari ini. I dah penatlah.Baby ni pun nak berehat juga,” ujar Linda manja.
Faizal mengeluh.Semakin galak mengusap rambut Linda sambil jari-jemarinya bermain-main di bibir halus Linda.
“Tapi, yang tadi tu just an intro, honey! I nak berada bersama you lebih lama lagi. I rindukan you.” Faizal memujuk.
Linda tersenyum manja.Membiarkan jari-jemarinya melekap di pipi lelaki yang sedang terbaring bertentangan dengannya.
“Sorrylah. I ada kerja sekarang.Kalau kerja I dah selesai nanti, kita akan lakukan lebih dari ini, okey sayang.”
Linda mencapai bajunya yang terdampar di bawah lantai.Dia turun dari katil dan kemudian melangkah selamba ke arah bilik air.Tidak berapa lama kemudian, dia sudah siap berpakaian dan bersolek.Linda berjalan ke arah Faizal.Dicium lembut bibir lelaki itu sebelum mencapai dua keping CD di atas meja solek.
“ I pergi dulu sayang.See you again.” Linda berkata sambil melangkah ke muka pintu.
Faizal memandang tubuh itu berlalu dengan perasaan kecewa sehingga tubuh wanita itu hilang dari pandangan.
LINDA menolak kasar daun pintu bilik pejabat Tengku Syahran.Penyambut tetamu yang melarang Linda masuk ke bilik itu, tidak dihiraukan.Linda selamba melangkah masuk bilik Tengku Syahran dengan wajah yang penuh emosi.
“Buat apa you datang?” soal Tengku Syahran benci.
“Saja.Nak tengok muka you yang cute tu? I rindulah!”
Tengku Syahran berada jengkel.Tak padan dengan perut memboyot!
“Dahlah Linda! I dah bosan tengok muka you.Tu dalam perut you tu, anak siapa?” sengaja Tengku Syahran menyoal.
Linda bengang.Dia paling pantang orang bertanya tentang kandungannya.Dia benci.Berapi-api mukanya kerana menahan marah.
“You jangan kurang ajar, Syah! You ingat you tu alim sangat? Perempuan yang you simpan kat rumah tu pun, bukannya baik sangat.” Linda menyumpah.Bahasanya sudah mula kedengaran kasar.
Tengku Syahran hanya ketawa.
“At least, Alia taklah sehebat kau.Nak pregnant pun sebelum nikah!”
“Hei! Isteri you sendiri lahir sebelum mak dengan ayah dia bernikah tau!” kini giliran Linda pula ketawa.
Tengku Syahran mengerutkan dahi.Kurang ajar!
Linda menyeluk tangannya ke dalam beg.Satu CD dikeluarkan dan terus dilemparkan di atas meja.Tengku Syahran hanya memandang CD itu tanpa apa-apa respon.Tidak berminat langsung dengan tingkah laku Linda.
“You tengok sendiri apa yang dia buat belakang you! Tak sangka perempuan yang you sanjung sangat tu boleh ada hubungan dengan kawan lama you sendiri.Nampak aje baik.” Linda membebel.
“ I pernah beritahu you, sepuluh perkara yang you cakap, satu pun I tak mungkin percaya! I lebih percayakan isteri I dari I percayakan setan macam you.” Tengku Syahran menjawab.
“Well… it’s up to you! Tapi, lepas you tengok CD ni, you mungkin tau aktiviti harian dia yang dirahsiakan pada you.Yalah, pergi pejabat agama dengan seorang lelaki yang I rasa you kenal hampir setiap hari.For what? Lainlah kalau you dah ceraikan dia?”
“Shut up Linda! Kalau you datang sini semata-mata nak burukkan Alia, baik keluar! I tak akan percaya semua cerita karut you!” tengking Tengku Syahran.
Linda mencebik.Sengaja melemparkan wajah bosan.
“I tak sangka you dengan Alia memang pandai berlakon.Kahwin dah hampir sembilan bulan, siap ada surat perjanjian. I like syarat Alia yang ketiga tu.So… you dah sentuh dia ke belum?” Linda berlagak selamba.
Tengku Syahran tersentak.Dia mula geram dengan kata-kata Linda.Merah wajahnya menahan marah.
“You jangan kurang ajar Linda! Keluar!”
“Takut nampaknya, Syah? Dahlah tu sayang. I dah tau cerita di sebalik perkahwinan you dengan anak haram tu.”
“Linda!!”
“You kahwin berserta dengan syarat, kan? Well… nampaknya usia perkahwinan you takkan lama.Atau esok, lusa, you dengan dia dah boleh boom!!!” Linda tersenyum menggoda.
Tengku Syahran mencerlang memandang Linda.
“You jangan nak menuduh!”
“Surat perjanjian tu ada pada I.I’m sorry honey… I terambil tanpa you sedari.So, sekarang ni you tak payahlah nak sorokkan apa-apa lagi pada I. I boleh buat you dengan Alia dibuang keluarga.Dan yang paling penting kepercayaan famili you terutama mother and father you boleh hilang kepercayaan terhadap you and poor daughter-in-law.Kesian auntie dapat anak macam you.”
“Kurang ajar you Linda! I sumpah you…”
“Syhh…” Linda meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.
Tingkah lakunya itu benar-benar menyakitkan hati Tengku Syahran.
“Jangan jerit-jerit.Nanti orang dengar! Perkara ni rahsia bukan? Don’t worry.I’ll keep it as a secret.Bak kata orang biar pecah di perut, jangan pecah di mulut, right?” Linda ketawa.Nyaring memenuhi ruang bilik.
Tengku Syahran melepaskan nafas yang hangat membakar dada.
“Apa yang you nak sebenarnya Linda? Tak habis-habis you nak ganggu hidup I !”
“Aha… that’s the question yang I tunggu-tunggu.Tak sangka cepat betul you bagi response” ujar Linda dengan senyuman sambil melangkah menghampiri Tengku Syahran.
“Okey… since you’re asking, I harap you bersabar dengan permintaan I ni.But, you don’t have any choices.You must do it without saying no!”
Tengku Syahran terus merenung wajah yang paling dibenci itu dengan rasa bengang.Bagaikan ternampak-nampak tanduk syaitan sedang tumbuh di kepala itu yang lebat dengan rambut yang berwarna perang.
“ I nak you ceraikan Alia right now!”
Tengku Syahran membeliakkan mata.
“Never!”
“Okey, kalau you nak masa… I akan bagi.Take your time.”
“ I takkan ceraikan Alia.Itu kata putus dari I !” Tengku Syahran mengetuk permukaan meja.
“You look so sweet, honey!! I like your face when you’re angry.I feel like…”
“Shut up! Berambus you dari sini!” jerit Tengku Syahran kuat.Linda terperanjat seketika.
“Sekarang you beranilah nak tengking-tengking I. I will wait, Syah! Kalau dalam masa tiga bulan ni, you tak ceraikan Alia, I akan hebohkan perkara ni pada auntie.Remember, I tak mahu harta you walaupun sesen, hidup dengan you pun I tak ingin.Tapi, untuk melihat kemusnahan you dan Alia adalah tanggungjawab I.”
Linda ketawa lagi.
“Okay, honey! See you next time. I akan nantikan berita gembira ni dengan sabar.Kalau you rasa susah nak ceraikan Alia, you tengoklah CD tu.Bye sayang!” Linda melayangkan ciuman menggoda ke arah Tengku Syahran yang kelihatan bengis.Dia keluar bersama ketawanya yang menyakitkan hati.
Sejurus selepas Linda berlalu, Tengku Syahran mengamuk di dalam bilik.Habis segala barang yang ada di atas meja menjadi mangsa balingan.Jiwanya berserabut.
TENGKU SYAHRAN menendang pintu biliknya sekuat hati.Tidak berapa lama kemudian, pintu bilik terkuak.Wajah berkerut Zahlia muncul.Tengku Syahran masuk ke bilik dengan keadaan yang tidak terurus.
“Apa ni bang? Tendang-tendang pintu! Mak dengan ayah dengar nanti.Tak senonoh betul! Dah berapa kali Alia cakap, bagilah salam,” marah Zahlia dengan suara seraknya yang baru terjaga dari tidur.
“Kau jangan nak ajar aku! Tepi!!” Tengku Syahran menolak tubuh Zahlia yang berada di hadapannya.
Zahlia terpana.Kasarnya dia!
“Abang, kenapa dengan abang ni? Balik rumah dahlah pukul 1.00 pagi, nak mengamuk tak tentu pasal pulak!” Zahlia mendekati Tengku Syahran semula.Lelaki itu sudah merebahkan diri di kerusi panjang.
“Kau jangan nak menyibuk dengan urusan aku, Alia! Aku pukul kau nanti!” Tengku Syahran mendengus.
Seseungguhnya dia tidak mahu mengingati rakaman CD yang dilihatnya tadi.Dia tidak mahu melayani cemburunya lagi.Tetapi fikirannya kini benar-benar kusut.
Mulut Zahlia hampir ternganga mendengar ucapan Tengku Syahran.Bengis wajah lelaki itu benar-benar menggerunkan naluri Zahlia.
Zahlia mendekati lagi.
“Abang, abang ada masalah ke?” suara Zahlia mulai kendur.
Wajah kusut Tengku Syahran dipandang dengan rasa simpati.Namun, simpatinya tidak dihargai.Tengku Syahran membalas dengan renungan tajam.
“Jangan sibuk aku kata.Kau degil?” Tengku Syahran bingkas bangun.
Zahlia tersentak.Wajah bengis itu dipandang dengan rasa gementar yang makin kencang.Zahlia mula menjarakkan diri.
“Abang, cuba abang ceritakan pada Alia satu-persatu.Kenapa ni?” Zahlia masih cuba memujuk.
Tengku Syahran makin berang.Mulut Zahlia tetap tak henti-henti membebel.Dadanya mula berombak-ombak.Kelembutan suara Zahlia tidak langsung menggugat perasaannya yang sedang berserabut.
“Abang, mengucap bang! Abang pergi mandi dulu.Lepas bersolat, mesti abang tenang.” Suara Zahlia dirasakan makin menyerabutkan otak.
Tengku Syahran menerkup kedua-dua belah telinganya.
“Diam!!!”
Zahlia telan air liur.
“Abang…” Zahlia cuba memanggil.
Tengku Syahran sudah tidak dapat menahan sabar.Zahlia memang patut diajar.
“Dasar anak luar nikah! Kau main dengan jantan lain, di belakang aku!!”
Pangg!!! Tangan Tengku Syahran melayang ke pipi Zahlia.Zahlia terpana.Tengku Syahran juga terpana! Kedua-dua pasang mata itu bertembung.Lama sehingga lidah mereka kelu untuk berkata-kata.
Air mata Zahlia tumpah.Zahlia meraba-raba pipinya yang perit dan sakit.Air matanya dibiarkan mengalir.
“Sampai hati abang menghina Alia! Selama ini abang hanya berpura-pura menyayangi Alia!” Zahlia berkata dengan sendunya.
Air matanya menitis lagi.Semakin kuyup membasahi wajahnya.Zahlia tunduk.Perlahan-lahan dia berlalu ke katil dan merebahkan diri di situ.Tilam yang dingin gagal memujuk hatinya.Matanya yang masih basah, dipejam rapat.Memaksa lenanya memujuk jiwanya yang sayu.
Akhirnya Zahlia terlena sendiri.Membawa sekali ungkapan Tengku Syahran ke dalam mimpi sedihnya.Tanpa disedari, Zahlia menangis di dalam tidur.Air mata yang keluar dari kelopak mata yang tertutup rapat, tidak langsung dihiraukan.Basah air matanya terus meresap ke sarung bantal.Zahlia terus menangis.
Tengku Syahran pula tidak dapat tidur dengan nyenyak malam itu.Sepanjang malam, ugutan Linda, perasaan cemburunya dan tangisan Zahlia datang mengacau fikiran.Dia benar-benar tertekan.Tindakannya yang tanpa diduga tadi turut mengundang perasaan bersalah.Fikirannya sedang kacau.Semuanya kerana Linda!
Bab 39
RAJA KHALIDA ternampak Zahlia keluar dari kereta.Dengan pantas dia melangkah mendekati Zahlia.Sejak pagi lagi dia sudah terpacak di pekarangan tempat letak kereta Sinar Iram.Raja Khalida perlu selesaikan halnya dengan Zahlia segera.Dia tidak mahu hal itu tertangguh-tangguh lagi.Hanya akan menambahkan beban di fikirannya.
“Alia!” panggil Raja Khalida.
Zahlia berpusing ke arah suara itu.Kemudian dia berpaling membelakangi wajah itu.
“Ya, boleh saya bantu puan?” soal Zahlia sambil membongkok mengeluarkan fail-fail yang tersusun di tempat duduk belakang.
Raja Khalida tercengang melihat mata Zahlia sembab.Dia ingin mencari kepastian dari apa yang baru dilihatnya sebentar tadi sekali lagi.Segera dia menarik tubuh Zahlia menghadapnya.Hampir ternganga mulutnya apabila melihat urat mata Zahlia merah.
“Alia, kenapa ni? Apa pasal mata Alia bengkak macam ni?” tanya Raja Khalida dalam nada risaunya.Habis wajah Zahlia dibelek.
Zahlia menepis tangan Raja Khalida yang erat memaut lengannya.
“Adakah ini urusan sebenar puan mahu menemui saya? Kalau ini, saya minta maaf! Saya tak ada masa!” Zahlia berjalan longlai bersama fail-failnya meninggalkan tempat itu.
“Alia, bagilah mama peluang jelaskan hal yang sebenar.”
Langkah Zahlia terhenti.Kemudian, dia berpaling.
“Saya tak perlukan apa-apa penjelasan.Cukuplah dengan apa yang telah saya lalui dari kehidupan saya yang lepas,” ujar Zahlia sambil melangkah pergi.
“Alia bukan anak luar nikah! Alia anak mama yang halal,” jerit Raja Khalida.
Zahlia terkaku.Cuba memutarkan kembali jeritan Raja Khalida sebentar tadi.Aku bukan anak luar nikah? No… no… no… itu hanya taktik dia mahu pujuk aku! Jangan percaya Alia!
Raja Khalida menghampiri Zahlia.Berdiri bertentangan dengan tubuh itu.
“Percayalah Puteri! Puteri anak mama yang sah.Yang mama kandung selepas mama bernikah dengan ayah.” Raja Khalida berkata bersama riak rayuannya.
“Maaf puan! I think you are at the wrong place!”
“I’ve got a prove, Puteri! Prove membuktikan Puteri bukan anak luar nikah.”
Kata-kata itu membuatkan Zahlia berpaling ke arah suara itu semula.Raja Khalida mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Zahlia.Zahlia menyambutnya ragu-ragu.
“Ini sijil nikah mama dengan surat beranak Puteri yang selamat dari kebakaran rumah kita dulu.”
Zahlia mengamati kedua-dua helai kertas yang masih baru di tangannya.
“Hanya dokumen-dokumen penting sahaja yang selamat dari terbakar kerana mama menyimpannya di peti keselamatan di bank.Tengok tarikhnya Puteri.Selepas lebih dari setahun mama berkahwin, baru mama lahirkan puteri.Mama tak bohong! Mama kandungkan Puteri selepas lima bulan mama bernikah,” beritahu Raja Khalida lagi.
Zahlia meneliti tarikh-tarikh yang tercatat di sijil nikah di tangannya.Kemudian, matanya beralih pada surat beranak yang didakwa wanita itu adalah miliknya.Nama yang tercatat di situ, Puteri Safira Khairina binti Megat Safiuddin.Bibir Zahlia tersenyum sedikit.Entah mengapa tiba-tiba hatinya bagaikan berbunga membaca nama itu.
Zahlia segera mengingati situasinya ketika itu.
“Maafkan saya puan! Saya masih ragu-ragu!” Zahlia mengembalikan kertas itu kepada Raja Khalida.
“Puteri, keluarga kita dianiaya.Ayah Puteri meninggal kerana rentung dalam kebakaran yang telah dirancang oleh nenek Puteri tanpa pengetahuan mama.”
Zahlia terkejut.Wanita di hadapannya sudah mula mengalirkan air mata.
“Saya tak faham,” ujar Zahlia.
“Keputusan mama mengahwini lelaki pilihan mama tak direstui oleh nenek Puteri.Mama dibuang keluarga.Selepas mama berkahwin lebih dari dua tahun dan selamat melahirkan Puteri, mama mendapat telegram dari keluarga mama yang mengatakan nenek Puteri sakit tenat.”
Raja Khalida mengeluh kecil.Air mata makin mengalir.Zahlia pula hanya diam membisu.Dia ingin mendengar cerita yang selanjutnya.
“Masa tu, Puteri dah hampir satu tahun.Selepas mendapat keizinan dari ayah Puteri, mama balik ke rumah nenek.Di sana, mama ingat nenek Puteri sudah berubah.Rupa-rupanya semua itu hanya rancangannya mahu melihat kemusnahan hidup mama.” Raja Khalida menangis lagi.Lebih teruk dari tadi.
Zahlia telan air liur.Benarkah?
“Mama dikurung berhari-hari di rumah nenek.Sehingga suatu hari, mama mengambil keputusan untuk melarikan diri.Mama berjaya! Tetapi, kejayaan mama hanya setakat melarikan diri sampai ke rumah mama yang telah hangus terbakar.Mama terkejut Puteri.Mama dapat tau, ayah Puteri meninggal kerana rentung dalam kebakaran.Mama cari Puteri, tapi tak ada siapa yang tau di mana Puteri.Mama hanya dapat mengesan Puteri selepas 14 tahun mama mencari.Mama hampir gila! Tetapi, Puteri dah tak mahukan mama lagi.Mama terpaksa redha,” ujar Raja Khalida bersama tangisan yang semakin kuat bergema.
Zahlia terharu.Entah mengapa air matanya turut sama mengalir menangisi kisah hidup wanita itu yang sudah lama menderita.
“Mama tak bohong, Puteri.Mama tak tau bagaimana orang tinggalkan Puteri dalam semak.Mama betul-betul tak tau sampai sekarang.” Raja Khalida berkata dalam sendu.
Zahlia tunduk.Perlahan-lahan diseka air mata yang ingin menitis lagi.
“Bukti masih belum cukup puan! Mungkin saya memang bukan anak puan! Apa akan berlaku nanti?”
“Tak.Mama tau, Puteri anak mama.Mama dapat lihat dari air muka Puteri yang ada iras dengan suami mama!”
“Saya tetap tak yakin.Maafkan saya!” Zahlia berkata.
“Puteri, betul tak Puteri ada tanda lahir berwarna merah di lengan kanan Puteri?”
Zahlia terdiam.Mengingatkan lengan kanannya yang mempunyai tanda sebegitu.Tetapi, Zahlia segera menggeleng.
“Jangan bohong! Mama tau Puteri ada tanda sebegitu! Satu lagi di paha kiri Puteri ada parut yang sepanjang dua inci,kan?” Raja Khalida meneka lagi.
Zahlia mula berasa sesak.Tekaan itu tepat sekali.Benarkah semuanya TUHAN? Zahlia bertanya di dalam hati.Zahlia memandang tepat ke wajah Raja Khalida.Cuba mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.
Raja Khalida seperti sedang menanti Zahlia meluru ke arahnya.Raja Khalida turut membalas pandangan Zahlia.Lama mereka begitu.Tiba-tiba Zahlia meluru ke arah Raja Khalida.Dia memeluk tubuh itu begitu erat sekali.Entah apa kuasa yang memaksanya berbuat demikian? Buat pertama kali, Zahlia rebah dalam pelukan yang hangat merangkul tubuhnya.
“Mama…”
Raja Khalida sebak.Turut menangis mendengar ungkapan yang lahir dari bibir Puteri kesayangannya.
“Maafkan Alia!”
“Puteri, sayang!”
Zahlia menggeleng.
“Nama itu terlalu suci untuk Alia.Biarlah ia jadi kenangan!”
Raja Khalida tersenyum dan terus membalas pelukan Zahlia.
“Mama, tolong rahsiakan hal ni dulu.Jangan beritahu sesiapa.Alia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.”
Permintaan itu disambut baik oleh Raja Khalida.Pantas wanita itu mengangguk setuju.
“Terima kasih, mama.”
“Tapi, kenapa dengan mata Puteri?”
Zahlia tidak menjawab.Pelukan Raja Khalida dileraikan perlahan-lahan.
“Puteri bergaduh dengan Syah?” teka Raja Khalida.
Zahlia tetap diam membuatkan Raja Khalida tersenyum.
“Pergaduhan dalam rumah tangga memang biasa Puteri.Salah seorang kena bertolak ansur.”
Zahlia membeku lagi.Tidak tahu sama ada dia masih marahkan Tengku Syahran atau tidak.Segala-galanya telah selesai hari itu.Dia bukan anak luar nikah seperti yang dimomokkan orang.
Tetapi, Zahlia tetap ingat kata-kata Tengku Syahran.Kata-kata penghinaan yang lahir dari bibir lelaki itu mungkin akan sentiasa bergayutan di benaknya.Zahlia sedar ayat itu pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.Ah, cuba lupakan Alia!
“Dahlah Puteri.Janganlah melayan rajuk sangat.” Suara Raja Khalida berbisik di telinganya.
Zahlia merebahkan dirinya ke pelukan mamanya lagi.
“ I love you, honey!” bisik Raja Khalida.
Zahlia tersedu semula.
Bab 40
SUDAH seminggu Villa Sakura tidak berpenghuni.Tengku Ismail dan Tengku Badariah sudah berangkat ke luar negara.Begitu juga dengan Tengku Hakimi, Sofea dan Tengku Murni.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana pun tiada di rumah.Hanya kedengaran bunyi air terjun buatan di tepi taman mini.
Tengku Syahran masuk ke bilik selepas pulang dari pejabat.Ketika itu, Zahlia leka menyisir rambutnya di hadapan cermin.Kelibat Tengku Syahran tidak langsung menarik perhatian Zahlia.
Pelukan Raja Khalida beberapa hari yang lalu bagaikan masih terasa.Segala-galanya masih menjadi rahsia.Suaminya tidak ditegur.Apatah lagi mahu membiarkan matanya memandang wajah lelaki itu.Keperitan tamparan bersama ungkapan pedih itu masih terasa di sanubari Zahlia.Tidak mudah dapat dilupakan begitu sahaja.
Tengku Syahran tunduk.Dia terus duduk di kerusi panjang dan mendiamkan diri.Dia masih berasa bersalah.Tindakan terburu-burunya telah menyebabkan Zahlia berkecil hati.Tengku Syahran mengeluh.Perlahan-lahan kepalanya diangkat.
“Alia, abang…”
Tengku Syahran berpaling ke meja solek.Tidak jadi untuk meneruskan kata-kata.Kerusi itu kosong.Tengku Syahran memusingkan kepalanya ke sekeliling bilik.Kelibat Zahlia sudah tiada.Mana dia? Tengku Syahran bercekak pinggang.Tiba-tiba matanya terpaku pada pintu bilik yang terbuka luas.Laa… senyap-senyap dia menyusup keluar! Rungut Tengku Syahran di dalam hati.
Tengku Syahran menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Wanita itu masih marahkannya.Apa aku nak buat ni? Tengku Syahran menggigit jari.Ligat berfikir bagaimana caranya mahu memujuk Zahlia.Dengan lemah dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.
Selesai bersolat, Tengku Syahran turun ke ruang tamu.Zahlia dilihatnya sedang menonton televisyen.Tengku Syahran melangkah senyap ke arah Zahlia.Tidak mahu mengganggu konsentrasi Zahlia yang bagaikan tidak menyedari kehadirannya.Atau Zahlia sengaja berpura-pura tidak sedar.
Tengku Syahran melabuhkan punggungnya dekat dengan Zahlia.Bersebelahan sehingga duduknya bersentuhan dengan tubuh wanita itu.Zahlia rimas.Sengaja mengengsot sedikit untuk mencari ruang jarak di antara mereka.Wajahnya tetap dihadapkan ke skrin televisyen.Tidak terlintas di hatinya untuk memandang wajah suaminya ketika ini.
Tengku Syahran mendekatkan semula tubuhnya ke arah Zahlia.Perlahan-lahan kepalanya dilentokkan ke bahu isterinya.Zahlia bengang! Segera ditolak tubuh lelaki itu jauh darinya.
“Apa abang ni? Jangan nak ambil kesempatan waktu orang tengah tak ada dalam rumah ni.Alia tak suka!” Zahlia mengamuk.
Tengku Syahran tersenyum.
“Haa… at last dengar pun suara Alia.Abang rindu nak dengar suara sayang! Dah seminggu sayang tak nak cakap dengan abang.” Tengku Syahran mendekatkan lagi tubuhnya ke arah Zahlia.
Zahlia rimas.Mahu ditepis tetapi tangannya dicapai.Zahlia terperangkap.
“Sorrylah.Abang tak bermaksud nak buat macam tu.Abang tak berniat pun nak cakap perkataan tu.Abang tak sengaja.” Tengku Syahran mengelus permukaan tangan Zahlia dengan lembut.
Zahlia menjeling suaminya.Tangannya ingin ditarik.Namun, Tengku Syahran semakin kuat mencengkam jari-jemari Zahlia.Kemudian, jari-jemari itu dibawa ke mulutnya.
Zahlia merengus.
“Janganlah! Alia tak suka abang buat macam ni!” Zahlia tetap menarik tangannya.
“Habis tu, Alia nak suruh abang buat apa? Abang cakap secara ikhlas ni, abang minta maaf.”
“Dah bosan Alia dengar abang cakap perkataan tu.Puncanya dari hal yang sama.Cemburu! Tapi, perangai tak berubah-ubah.Benci.” Zahlia menjeling lagi.
“Nak buat macam mana? Abang pun manusia yang ada perasaan!”
“Habis, abang ingat Alia tak ada perasaan? Nak terima setiap kata-kata maaf abang lepas abang tuduh Alia yang bukan-bukan? Alia sakit hati tau tak? Abang anggap Alia betul-betul macam patung bernyawa dalam rumah ni.Nak kena dengar semua cakap abang.” Zahlia merungut.
Tengku Syahran mencebik nakal.
“Yalah, sayang.Abang yang bersalah dalam hal ni.Cemburu abang tetap tak kena pada tempat.Tapi, siapa suruh Alia tak ceritakan pada abang hal-hal yang berlaku pada Alia setiap hari? Cuba bawa bersembang dengan abang tiap-tiap malam apa yang berlaku dalam hidup Alia.Ini… ada hal sikit, sembunyikan dari abang.Mana abang tak geram! Orang lain tuduh Alia yang bukan-bukan dan abang terima cerita yang menyakitkan hati dari orang lain.”
“Yang abang percaya sangat tu apasal? Alia pun ada terima CD yang fitnah abang dari Linda.Alia tak percaya pun! Abang tu aje yang cepat terpengaruh!” Zahlia sudah meledakkan kemarahannya.
Tengku Syahran mengeluh kecil.
“Abang sayangkan Alia, sebab tu abang takut Alia kecewakan abang.”
“Dah tak ada kerja lain agaknya? Semua cerita pasal Alia abang nak ambil tau! Alia pun ada jugak cerita yang tak boleh beritahu abang,” jawab Zahlia keras.
“Hei, dalam rumah tangga mana boleh berahsia.Kalau Alia berahsia, abang pun berahsia, seri rumah tangga tak mahu hinggap tau.”
Tengku Syahran melirikkan mata ke arah isterinya.Bibirnya tersenyum nakal.
Zahlia mencebik.
“Meluat Alia tengok muka abang macam tu.”
“Meluat-meluat pun, laki awak jugak.” Tengku Syahran menjawab dengan ketawa.
Zahlia mendengus.Segera dia bingkas untuk berlalu.
“Eh, nak ke mana tu?” pantas Tengku Syahran menegur.
“Alia nak naik bilik! Malas nak layan abang.”
“Haa… sebelum tu,sediakan makanan abang.Abang dah lapar,” pinta Tengku Syahran.
Zahlia memuncung.
“Ambillah sendiri kat dapur.Semua lauk Alia dah panaskan.”
“Tak mahu! Abang nak yang terhidang atas meja.”
“Abang ni mengada-ngadalah.Pemalas betul.”
“Suka hati abanglah.Abang dah ada isteri.Awak tu waktu-waktu macam nilah kena tunjuk tanggungjawab sebagai isteri.Itu pun nak kena ajar?” Tengku Syahran mengusik.
Zahlia mendengus lagi.Lambat-lambat menggerakkan kaki melangkah ke dapur.
ZAHLIA sudah lama terlelap di atas katil.Tengku Syahran juga telah terlena di kerusi panjang.Masing-masing tidur dengan nyenyak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Lenanya tidur kedua-duanya insan itu tanpa diganggu dengan apa-apa bunyi biarpun kedinginan angin malam yang meniup sesekali mengacau tubuh yang tidak berselimut.
Zahlia terus melayani tidurnya.Sesekali kelopak mata yang terpejam rapat itu bergerak-gerak apabila terasa sesuatu berjalan-jalan di sekitar lehernya.Kuat mencengkam dan kemudian merayap di tangannya.
Zahlia masih memejam mata tanpa menghiraukan benda yang masih berjalan-jalan merata-rata tubuhnya.Cengkaman yang tajam menyucuk kulitnya terasa menjalar di seluruh tapak kakinya.Sikit-sikit beralih ke betisnya dan kemudian bergerak perlahan-lahan ke pahanya.
Zahlia mula tidak sedap hati.Pantas membuka mata.Kemudian bangun dan duduk di atas katil bagaikan terpinga-pinga.Zahlia menggaru-garu kepala.Dalam kesamaran cahaya yang terbias dari luar rumah, Zahlia ternampak seperti ada sesuatu yang melekat di baju tidurnya.Zahlia membesarkan mata yang masih mengantuk.Benda kecil yang berwarna hitam itu bagaikan jelas di penglihatan.
Tiba-tiba Zahlia panik! Laju jantungnya bergetar.Lipas? Dengan sendirinya bulu roma Zahlia meremang tegak.Serangga yang paling ditakuti sedang melekat di baju yang dipakainya.Serangga kecil yang telah mengundang rasa fobia dalam dirinya dengan tiba-tiba.
Zahlia semakin cemas.Matanya dipejam rapat.Terkumat-kamit bibirnya beristighfar berharap segala-galanya hanya mimpi semata-mata.Tetapi, apabila matanya dibuka semula, serangga itu tetap seperti tadi.Zahlia telan air liur.
Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Syahran.
“Abang…” Zahlia memanggil.Mendayu-dayu suaranya menahan gementar.Matanya tidak lepas-lepas memandang lipas yang masih pegun berada di baju tidurnya.
Tiada respons yang lahir dari Tengku Syahran.Malah deruan nafasnya semakin kuat kedengaran di telinga Zahlia.Zahlia semakin gementar.Peluh dingin hadir dengan sendiri membasahi seluruh tapak tangannya.
“Abang…” Zahlia masih mencuba.Kali ini semakin kuat suaranya.Berharap suaminya terjaga.
Tengku Syahran dilihatnya kaku.Nafas Zahlia makin sesak.Dia perlu buat sesuatu.
“Abang!” jeritnya kuat.
Kali ini Tengku Syahran terjaga.Suara Zahlia yang nyaring masuk ke lubang telinga amat memeranjatkan.Tidurnya tergugat.Tengku Syahran meraup mukanya.Dengan mamai yang masih ada, dia menoleh ke arah Zahlia.
“Apa halnya menjerit tengah-tengah malam ni? Abang mengantuklah,” jawab Tengku Syahran sedikit marah.
Zahlia mengetap bibir.Rasa ingin menangis pun ada dengan sikap acuh tak acuh Tengku Syahran.Sesungguhnya Zahlia memerlukan seseorang untuk menghilangkan ketakutan yang sedang dialaminya ketika ini.
“Kenapa?” soal Tengku Syahran sedikit tinggi.
“Alia… Alia takut,” jawab Zahlia pendek.Entah mengapa tiba-tiba dia terasa malu untuk berterus-terang.Tapi, dia benar-benar takutkan lipas!
Tengku Syahran bingkas bangun dan menuju ke arah Zahlia.
“Alia takut apa?” tanya Tengku Syahran.
“Tu…” Zahlia memuncungkan bibirnya ke arah serangga berwarna hitam di bajunya.
Tengku Syahran menoleh.Selamba wajahnya.Tiada apa-apa riak kerisauan yang kelihatan di wajahnya dalam kesamaran cahaya itu.
“Lipas? Laa… abang ingatkan apa benda! Buang ajelah kat tingkap tu!”
Dahi Tengku Syahran berkerut.Kakinya mula bergerak.Ingin menuju ke kerusi panjang semula tanpa apa-apa tindak balas.Namun, langkahnya terhenti sendiri.Rasa mengantuk yang pada mulanya bersisa, bagaikan hilang dengan sendiri.Telinga Tengku Syahran tiba-tiba menangkap bunyi tangisan kecil di belakangnya.
Segera Tengku Syahran memusing.Wajah pilu Zahlia mengundang rasa simpati dalam dirinya.Berkaca-kaca mata yang kuyu itu membendung air jernih yang ingin meleleh keluar dari kelopak mata.
Tengku Syahran mula tersedar.Dia tidak patut bersikap begitu.Mungkin Zahlia benar-benar dalam ketakutan.Ya, ALLAH! Apa yang telah aku lakukan ni? Boleh buat endah tak endah waktu Alia sedang dalam situasi begini!
Tengku Syahran terus melangkah ke arah Zahlia.Pantas sekali tangannya mencekup lipas yang melekat di baju tidur isterinya lalu dibuangnya ke luar tingkap.Tengku Syahran berpaling ke arah Zahlia semula.Wanita itu masih kaku.
Tengku Syahran terus melangkah semula ke arah Zahlia.Matanya menjilat segenap wajah yang kelihatan benar-benar ketakutan.Dengan lemah Tengku Syahran duduk di sisi isterinya.Pandangannya masih belum lari dari memerhati seluruh wajah yang sudah biasa basah dengan air mata.Tengku Syahran membiarkan matanya menumpu pada bibir Zahlia yang merekah.Nampak menggigil.Timbul rasa bersalah kerana membiarkan perasaan takut menjalar dalam diri isterinya tadi.
“Maafkan abang, Alia.Abang tak tau Alia takutkan lipas,” pujuk Tengku Syahran.Air mata isterinya diseka dengan jari kasarnya.
Zahlia membeku dalam duduknya.Nafasnya masih laju menderu.Fobianya pada lipas tidak pernah padam sejak kecil lagi.Ketika itu, dia memakai baju sekolah.Tiba-tiba hinggap seekor lipas.Dia benar-benar takut dan terus menangis.Kawan-kawannya gelihati melihat perangai Zahlia.Sejak itulah dia fobia dengan lipas.
Tengku Syahran runsing melihat kesepian Zahlia.Lantas diraihnya tubuh wanita itu ke dalam pelukan.Berharap ketakutan Zahlia dapat diredakan.
Zahlia rebah di pelukan Tengku Syahran.Dia menangis tersedu-sedan di dada lelaki yang erat merangkul tubuhnya.Sedikit hilang perasaan gementar yang menguasai diri.
Tengku Syahran terasa tangan isterinya kuat memeluk pinggangnya.Simpatinya tumpah di situ.Perlahan-lahan dicium lembut bahu Zahlia.
“Sudahlah, sayang! Abang ada dekat sini!” Tengku Syahran berbisik dan sempat mengucup telinga isterinya.Ciuman itu terus berjalan ke sekitar wajah Zahlia.
Zahlia tidak membantah.Malah belaian suaminya bagaikan menghalau ketakutan yang dirasainya.Buat pertama kali Zahlia hanya membiarkan kelakuan lelaki itu.Tangannya semakin erat memeluk Tengku Syahran sehingga Tengku Syahran lupa segala-galanya.Tangan Zahlia yang kuat memeluk pinggangnya terasa kemas.Tengku Syahran dan Zahlia kalah!
Akhirnya, malam pun merangkak pergi membawa bersama rahsia yang tersendiri.
ZAHLIA menangis tersedu-sedan di dalam bilik air.Pancutan air yang menderu keluar dari corong shower bagaikan berlumba-lumba mahu membersihkan dirinya.
Kain batik kemban yang dipakainya sudah lama lencun dibasahi air.Zahlia masih belum berhenti menangis.Sejak dia melangkah ke bilik air, Zahlia sudah melayani rasa hiba yang tidak henti-henti datang mengganggu.Dia menangis sehingga terduduk di atas lantai.Dia terus dihantui rasa bersalah yang memuncak.
“Kau dah tercemar! Hanya kerana seekor lipas, kau dah musnahkan hidup kau! Kau dah tak ada apa-apa Alia! Kau dah serahkan maruah kau pada lelaki itu!” Zahlia terdengar bisikan itu bergema di telinganya.
“Kau tak pernah tercemar Alia.Kau sudah menjalankan tanggungjawab kau sebagai isteri dengan baik.Bagus! Selepas ini, jangan sia-siakan perkahwinan ini lagi.Kau dan Syah memang patut hidup bersama,” bisikan yang lain pula kedengaran.
“Tapi, kau dengan Syah akan berpisah tak lama lagi! Jangan harap yang Syah akan ambil kau sebagai isteri.Dia dah dapat apa yang dia mahu dari kau.Dia akan tinggalkan kau!” suara jahat itu terus menyampuk.
“Tidak, Alia! Percayalah.Syah sayangkan kau.Dia akan terus menyayangi kau kalau kau pandai mengambil hati dia.Jangan percayakan kata-kata karut tu,” bisikan halus yang bergema cuba memujuknya.
Zahlia tersedu lagi.Fikirannya ligat memikirkan kata-kata yang tersembur di benaknya tadi.Kalau boleh Zahlia ingin terus berlama-lama di situ tetapi tubuhnya yang kian menggigil mematikan niat.Zahlia segera mengesat air matanya.Dia bangun dan memulas tombol air pancut yang sejak tadi terpasang.
Setelah siap berpakaian, Zahlia keluar dari bilik air.Ketika itu, Tengku Syahran sudah pun terjaga dari tidur.Dia tersenyum.Senyuman yang sukar ditafsirkan oleh Zahlia.Zahlia berpura-pura menyibukkan diri.Selesai menunaikan solat Subuh, dia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.Itulah rutinnya sejak beberapa hari yang lalu.
Zahlia sudah siap menyediakan sarapan.Kini, dia sedang leka mengelamun di kerusi makan.Entah apa yang meracau isi hatinya sehingga mampu membuatkan dirinya hanyut dengan dunianya sendiri.
Tengku Syahran yang berdiri di sebelahnya secara tiba-tiba tidak berjaya menghalau lamunannya.Zahlia hanya tersedar apabila terasa ciuman mesra bertaut di pipi.Tengku Syahran hanya tersenyum.Cerianya lelaki ini! Sedangkan aku? Gerutu hati kecil Zahlia.
“Ayang menungkan apa?” soal Tengku Syahran.
Zahlia menggeleng lemah.Tindakan itu membuatkan Tengku Syahran mematikan senyuman.Lantas melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan isterinya.
“Kenapa ni? Nampak macam tak sihat aje?” Tengku Syahran semakin risau.Disentuh lengan Zahlia berharap wanita itu sudi memberitahu kemusykilan yang melanda diri.
Zahlia tetap menggeleng.Pantas menarik tangan dari dipegang suaminya.
Tengku Syahran mula mengesyaki sesuatu.
“Alia marahkan abang tentang hal semalam ya?” teka Tengku Syahran.
Zahlia diam membatu.Mengeluh kecil kemudian tunduk.Tiba-tiba Tengku Syahran menarik tubuh Zahlia supaya menghadapnya.Zahlia hanya menurut.
“Abang dah agak benda ni akan berlaku sejak Alia keluar dari bilik air lagi.Kenapa mesti marah? Abang tak paksa Alia pun semalam dan kenapa Alia tak menghalang abang langsung kalau betul Alia tak setuju dengan perbuatan abang? Alia tak boleh salahkan abang seorang,” ujar Tengku Syahran dengan wajah yang serius.
Ayat yang dilafazkan suaminya itu bagaikan mencekik pangkal leher Zahlia.Selambanya jawapan dia! Aku yang risau bagaikan nak gila ni, dibuat tak endah aje!
“Kalau abang tak bertindak sesuka hati pun, benda tu takkan terjadi.” Akhirnya Zahlia membuka mulut.
Tengku Syahran mahu ketawa mendengar kata-kata Zahlia.Alasan yang tak munasabah! Bukankah dia juga yang memeluk aku erat-erat sehingga aku lupa segala-galanya.Sekarang, nak marah-marah aku pulak!
“Habis, siapa yang suruh Alia kejut abang dari tidur?”
“Alia nak suruh abang tolong buangkan lipas tu aje.That’s all! Tapi, apa yang abang lakukan lebih dari tu.” Zahlia mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir.
“Cuba Alia cakap, apa yang abang lakukan pada Alia? Abang sakiti hati Alia? Abang pukul Alia? Tak ada kan? Abang cuma cari hak abang sebagai suami dalam diri Alia… salah ke?” Tengku Syahran mula membentak.
Zahlia tertunduk.
Tengku Syahran cuba bersabar.Suaranya yang kian tegang, cuba dikendurkan.Melihatkan wajah Zahlia yang keruh amat menyentuh jiwanya.
“Okey, kalau Alia tak puas hati… abang minta maaf! Tapi, kita dah terlanjur.Perkara tu dah terjadi pun.Alia tak boleh menyangkal.Takdir telah menentukan yang Alia dah jadi hak abang luar dan dalam! Semalam, bersaksi ALLAH.DIA dah nampak apa yang kita lakukan.Kita tak boleh lari.”
“Cukup! Puaslah hati abang sekarang, kan? Abang dah dapat apa yang abang mahu dari Alia.Bolehlah abang lepaskan Alia,” pinta Zahlia secara mengejut.
Bulat mata Tengku Syahran mendengar ayat yang tercetus di bibir halus itu.
“Apa yang Alia cakapkan ni? Kenapa hal semalam jugak yang Alia nak ungkitkan? Dahlah Alia… kita lupakan perkara yang lepas.Abang berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya pada Alia.Jangan nak kusutkan lagi keadaan.Masa depan kita yang lebih penting sekarang ni!” Tengku Syahran bersuara lembut.Berniat memujuk kekusutan isterinya.
“Alia benci tengok abang!”
“Tapi, abang sayangkan Alia.Terimalah cinta abang sayang!”
“Tak nak!”
“Kenapa?”
“Kalau abang tak menghina Alia hari tu, mungkin sudah lama Alia menerima abang.Tapi, disebabkan kata-kata abang tu, Alia akan membenci abang.Alia takkan lupa sampai bila-bila! Ditambah lagi dengan hal semalam, Alia tetap akan membenci abang.”
Tengku Syahran tersentak.Rupa-rupanya hal itu!
“Kalau hal itu, abang minta maaf Alia! Abang tak bermaksud pun nak menghina Alia!”
“Itu ajelah yang abang tau nak cakap.Alia benci tengok abang! Alia benci tengok abang! Alia benci tengok abang!” Zahlia berkata kuat.Begitu bersungguh-sungguh.
Tengku Syahran mengeluh sambil menggeleng.
“Sampai bila Alia nak berperangai begini?” tanya Tengku Syahran dalam nada terkilan.
“Sampai bila-bila.Sampai hati Alia puas bila tengok abang mengalah!” Zahlia menjawab.
Tengku Syahran tersenyum kecil.
“Abang tak mungkin akan mengalah,Alia.Abang akan berusaha memenangi semula hati Alia.Sampai bila-bila.Sampai hati abang yang puas tengok Alia yang mengalah! Lagipun, abang tau isteri abang ni bukan nak berterus-terang tentang hati dan perasaan sendiri secara direct dengan abang.Dia lebih senang nak beritahu orang lain tentang perasaan dia pada kita,” ucap Tengku Syahran panjang.
Zahlia terkedu. “Apa maksud abang?”
Tengku Syahran menjungkit kening.
“Alia ingat abang tak tau yang Alia ada jumpa Anis masa abang merajuk dengan Alia dulu? Eleh, takut jatuh cinta konon… dalam diam rupa-rupanya sayangkan kita!” Tengku Syahran mengejek dengan senyuman nakal.
Zahlia menjeling Tengku Syahran.
“Benci…” Zahlia berkata dan ingin berlalu.

No comments:

Post a Comment