Tuesday, March 1, 2011

bab15-21

Bab 15

TENGKU SYAHRAN menoleh ke kiri bilik pejabatnya, dia ternampak Zahlia.Dia menoleh ke kanan, bayangan Zahlia menggamit lagi.Pandangan Tengku Syahran tertuju pada skrin komputer pula, wajah Zahlia tetap menyapa.Sedang tersenyum, adakalanya bagaikan sedang merenung dirinya.
Sejak akhir-akhir ini bayangan Zahlia sering mengganggu tanpa mengira waktu dan tempat.Bila dipejamkan mata, wajah lembut itu tetap melayang datang menyebabkan Tengku Syahran resah.
Kerja-kerja pejabat seringkali dibiarkan terbengkalai.Bila dia berada dalam kesunyian, seringkali wajah Zahlia muncul.Ke mana hilangnya senyuman Nazirah yang sering dipuja dahulu.
Tengku Syahran mengeluh berat.Tubuhnya bersandar di kerusi.Dia mula mencari posisi yang sesuai untuk duduk dengan lebih selesa.Serius wajahnya bersama kerutan kecil di dahinya.
Tengku Syahran menelan air liur.Aku dah jatuh cintakah? Soalnya sendirian.Waktu itu juga, tanpa segan silu gemersik suara halus Zahlia bagaikan menggigit cuping telinganya.Mengusir pergi suara manja Nazirah yang semakin pudar.Hati Tengku Syahran bagaikan terikat.Segala-gala milik Zahlia sudah terkukuh terpahat di dalam jiwa.
Betulkah aku mencintai dia? Kalau tak, kenapa semalam aku tak sabar-sabar menanti dia pulang di muka pintu? Tengku Syahran tertanya sendiri apabila mengenangkan sikapnya semalam yang resah menunggu kepulangan Zahlia di muka pintu utama Villa Sakura.
Tengku Syahran teringat pula kes tangannya yang melecur dahulu.Semuanya gara-gara leka memerhatikan wajah Zahlia.Dia terbayang anak mata Zahlia yang berlaga dengannya.Mungkin waktu itu hatiku sudah tertarik padanya! Tapi mengapa begitu mudah?
Tengku Syahran masih tidak dapat menerima hakikat itu.Kerjanya dibiarkan seketika.Perlahan-lahan Tengku Syahran menarik laci meja.Menarik sebuah fail keluar dari situ.
Fail itu dibuka dan tangannya mula mencapai sekeping foto Zahlia yang diambil senyap-senyap sewaktu dia membuka pintu almari Zahlia dua hari lalu.Foto itu ditatapnya lama.Lembut, manis dan ayu wajahnya.Mata Zahlia seperti sedang membalas renungan matanya.Tengku Syahran menggigit bibir.
Dirasakan hatinya sudah tertawan.Fikirannya semakin angau kerana berperang dengan perasaan sendiri.Tengku Syahran mendekati foto itu ke wajahnya lalu dilekatkan ke bibir.Lama dia begitu sambil melayani perasaan hanyut.
Serentak itu pintu bilik terbuka luas.Tengku Syahran tersentak.Pantas sungguh sekeping foto itu dibaling ke bawah meja.Ternampak Adli sedang menapak ke dalam dengan wajah yang tidak mengerti.
“Kenapa tak ketuk dulu?” marah Tengku Syahran.
Adli memakukan langkah.Pelik dengan ucapan Tengku Syahran.Selama ini dia tidak pernah mengetuk pintu sebelum masuk.Tidak pernah pula Tengku Syahran mengamuk atau marah-marah.Tetapi, hari ini, wajah Tengku Syahran jelas menampakkan kurang senang dengan sikapnya yang masuk tanpa mengetuk pintu tadi.
“Lain kali kalau nak masuk bilik aku, ketuk dulu.” Tengku Syahran melepaskan keluhan.Dadanya masih berdebar.
Adli menutup pintu.Dia berjalan ke meja Tengku Syahran sambil menggaru-garukan kepalanya.
“Selama ini kau tak pernah marah aku pun bila aku buat begitu! Hari ni nak mengamuk pulak.” Adli duduk di kerusi bertentangan Tengku Syahran.
Tengku Syahran sengaja buat sibuk.Buat-buat tidak faham dengan ucapan Adli.
“Apa halnya?” tanya Tengku Syahran masih cuba menumpukan perhatian pada kerja biarpun hatinya masih bergelodak dengan pelbagai debaran.
“Aku nak ingatkan kau tentang appointment kita dengan Encik Kasim tengah hari nanti,” ujar Adli.
“Encik Kasim?”
“Hmm… Pengurus Projek Bayu Idaman.Takkan kau dah lupa? Baru dua hari lepas kita berjumpa dengan dia di tapak projek.” Adli memandang Tengku Syahran.
Tengku Syahran gugup.Dia sudah terlupa segala-galanya.Yang dia ingatkan sekarang adalah Zahlia yang sedang tersenyum manis.Bukan Nazirah apatah lagi Encik Kasim!
“Woi, kau ni kenapa? Nampak gelisah sejak aku masuk tadi.Kau ada masalah?” Adli mengetuk permukaan meja.
Tengku Syahran meraup mukanya kemudian tersengih.
“Aku okey.Kau jangan risau.Ada lagi yang kau nak beritahu aku?” tanya Tengku Syahran.
Adli faham dengan maksud kata-kata Tengku Syahran.Dia tahu lelaki itu tidak mahu diganggu saat ini.Perlahan-lahan Adli bangun.
“Aku balik bilik aku dululah.Lastly aku cuma nak tanya kau tentang program kita malam ni, jadi tak?” soal Adli.
Tengku Syahran terdiam.Program? Program apa? Dia tertanya-tanya.Tidak langsung teringatkan apa-apa yang pernah diberitahu Adli tentang program sebelum ini.
“Aku lupalah, Li.Program apa?” Tengku Syahran tersengih lagi.
Adli mencelikkan mata.Ganjil betul sikap Tengku Syahran yang seolah-olah telah menjadi seorang yang pelupa sejak kebelakangan ini.
“Kau kata nak main squash.”
“Hah? Aku yang cakap ke?” soal Tengku Syahran.
Adli mengangguk.Masih berdiri di hadapan Tengku Syahran dan berkira-kira mahu keluar.Namun langkahnya terhenti.Perangai Tengku Syahran semakin menghairankan sehingga meninggalkan tanda tanya dalam diri Adli.
Tengku Syahran memandang jam.Sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.Sebentar lagi dia ada temujanji dengan Encik Kasim.Pukul 3.00 petang, dia perlu ke Seri Nilam Corporation untuk berbincang tentang belanjawan syarikat dengan Tengku Hakimi.
Kalau dia pergi main squash, sekurang-kurangnya pukul 8.00 malam sampai di stadium.Balik pulak, paling tidak mesti pukul 11.00.Nak makan dan minum lagi dengan Adli dah pukul berapa? Habis, bila masa aku dapat berjumpa dengan Alia?
Alia? Alamak, kenapa dia juga yang aku ingatkan saat ini? Aku seperti rindukan dia setiap masa.Mana Nazirah pergi?
“Syah! Jadi tak ni?”
“Err… aku rasa… aku rasa tak jadilah, Li.Aku ada hal malam ni.” Tengku Syahran berkata walaupun dia tahu itu satu pembohongan.
“Okeylah.Aku pun ingat nak batalkan.Anissa tu kasihan pulak ditinggalkan dalam waktu-waktu yang macam ni.Kalau begitu, aku balik bilik dulu.Pukul 1.00 nanti, appointment dengan Encik Kasim.Jangan lupa tau?”
“Alright!” jawab Tengku Syahran.
Adli melangkah keluar.Selepas kelibat Adli hilang, Tengku Syahran membongkok dan mencari foto Zahlia yang dicampakkan di bawah meja tadi.Sebelum menyimpan semula gambar itu ke dalam fail, sempat Tengku Syahran mengucup gambar itu sekali lagi.
ZAHLIA menumpukan perhatian pada kerja-kerja terhadap program terbaru Sinar Iram.Namun hatinya tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada program itu.Fikirannya terasa tidak tenteram.
Entah kenapa sejak beberapa hari ni, dia sibuk memikirkan sikap Tengku Syahran.Suaminya itu tidak lagi sedingin selalu.Lebih kerap memerap di rumah dan selalu mengambil peluang untuk beramah mesra dengannya.
Zahlia kebingungan.Tengku Syahran yang dahulu terlalu menghambarkan dan kini Tengku Syahran amat merimaskannya.Zahlia masih keliru dengan sikap Tengku Syahran semalam.
Sewaktu kereta Proton Wira Zahlia memasuki pekarangan garaj Villa Sakura, Tengku Syahran sedang menantinya di pintu utama dengan senyuman.Zahlia yang kepenatan hanya membalas senyuman itu sekali imbas dan terus naik ke atas.
Ketika Zahlia selesai menunaikan solat Asar, Tengku Syahran sudah berada di dalam bilik dan sedang merenungnya.Zahlia kaget waktu itu.Masih terasa betapa laju degupan jantungnya ketika mata hazel miliknya berlaga dengan anak mata yang hitam pekat itu.
Namun, Zahlia sengaja buat tidak mengerti.Dia terus melipat pakaian yang bertimbun di atas katil.Tetapi, sikap Tengku Syahran tetap pelik.Tiba-tiba Tengku Syahran turut serta membantunya melipat pakaian sambil mengambil peluang untuk bersembang dengannya.
Zahlia hanya melayani sambil lewa.Kadangkala dia terdengar pula bicara lelaki itu yang tersasul dengan panggilan ‘abang’ dan adakalanya bagaikan sengaja diucapkan.Zahlia tetap berlagak selamba.Buat tidak dengar walaupun di hatinya hanya ALLAH yang tahu betapa dia berdebar mendengar ungkapan itu.
“ALIA, kelas Alia dah nak start ni! Alia dah siapkan kertas kerja Program Ikatan Kasih tu? Kak Mon nak tengok sekejap.” Suara Maimon kedengaran di telinga Zahlia.
Zahlia membesarkan anak matanya.Tersentak dengan teguran Maimon yang mengejutkan.Lama dia membisu sebelum otaknya mendapat mesej untuk bertindak.
“Ini kertas kerjanya.Lepas Kak Mon tengok, bagi pada Alia balik ya? Alia nak buat fotokopi.” Zahlia menghulurkan beberapa kertas kerja kepada Maimon.
Maimon menyambutnya.Dia membelek-belek muka hadapan kertas itu sebelum memandang Zahlia dengan wajah yang terpinga-pinga.
“Kenapa?” soal Zahlia.
“Ini bukan kertas kerja program tu.Rasa Kak Mon, ini kertas kerja program tahun lepas.”
Maimon menghulurkan kembali kertas-kertas itu kepada Zahlia.Zahlia menggigit kuku.Wajahnya sudah panik sambil membalas renungan Maimon.
“Mana kertas tu pergi?” soal Zahlia sambil bangun.
Fatimah yang turut berada berhampiran mereka mula mengangkat wajah.Zahlia kelihatan kalut dan cemas mencari-cari kertas yang berselerakan di atas meja.Fatimah menghampiri.Berdiri antara Zahlia dan Maimon.
“Kau cari apa Alia?” tanya Fatimah.
Zahlia sudah menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung.Kemudian bercekak pinggang sambil melepaskan nafas yang turun naik menahan penat.Ada percikan peluh di dahinya.
“Aku cari kertas kerja Program Ikatan Kasih.Kau ada nampak tak aku letak kat mana? Aku rasa aku letak kat sini tadi.” Zahlia mengeluh.
Fatimah mengetap bibir.
“Bukankah kau bagi kat aku tadi? Kau suruh aku semak susunan ayatnya, kan?” ujar Fatimah seraya meletakkan beberapa helai kertas yang telah disusun di atas meja Zahlia.
Zahlia terdiam.Dia dapat mendengar suara Maimon yang sedang ketawa gelihati bersama Fatimah.Lambat-lambat Zahlia turut ketawa.
“Kak Mon tengok dulu ya?”
Zahlia mengangguk dan melihat Maimon berlalu dengan ketawa kecil.Zahlia mengeluh lagi.Membiarkan Fatimah memandangnya dengan pandangan yang pelik.
“Apa sebenarnya yang berlaku pada kau, Alia? Dah dua tiga hari aku tengok kau jadi pelupa.Kau sihat tak?”
Zahlia duduk.Melepaskan segala kesesakan di dadanya.Peluh yang tadi merimaskan muka, terasa semakin dingin dan mula menyejukkan wajah.Zahlia terdiam sejenak membuatkan Fatimah tetap setia menanti.
“Atau kau ada masalah dengan Syah?” soal Fatimah lagi.
“Eh, tak adalah! Aku okey.” Pantas Zahlia menyangkal pertanyaan Fatimah sambil menyusun kertas-kertas yang berselerakan.
“Ya ke?” soal Fatimah penuh makna tersendiri.Ada senyuman mengusik di situ.
“Betullah.Tak ada apa yang berlaku antara aku dengan Syah.Kami still macam dulu.Dia dengan hal dia dan aku dengan hal aku.”
Zahlia cuba tersenyum tetapi dia sendiri tidak tahu rasa sebenar senyuman itu.Yang dia tahu senyuman itu bagaikan dipaksa terukir di bibirnya.Seolah-olah senyuman itu dapat mengawal gelodak yang semakin tidak menentu.
“Aku ada kelas sekarang.Aku pergi dulu!”
Zahlia mencapai bahan-bahan pengajarannya.Bergerak pantas untuk menuju ke kelas.Fatimah terdiam.Dia seperti terlihat sesuatu pada gerak laku Zahlia yang dari sehari ke sehari semakin pelik.Pasti ada sesuatu! Luahnya di dalam hati.
“HAI, termenung jauh nampak?” tegur satu suara.
Zahlia terkesima.Berpaling ke arah suara yang menegurnya.Tengku Syahran tersenyum membuatkan Zahlia tersipu malu kerana ditegur begitu.Tengku Syahran terus melabuhkan punggungnya di sebelah Zahlia.
Suasana bilik yang terasa panas telah menyebabkan Zahlia mengambil keputusan keluar dari bilik, Tengku Syahran sedang sibuk menyiapkan kerjanya.Zahlia berasa bosan dan terus berlalu meninggalkan bilik itu.
Zahlia tidak berani menatap wajah Tengku Syahran.Dia tunduk dan membisu.Lidahnya bagaikan kelu untuk berbicara.Tidak tahu mengapa, dia terasa lain bila ada di samping lelaki itu.
Tengku Syahran juga mendiamkan diri.Turut merasakan kelainan seperti yang sedang dialami oleh Zahlia.Sekejap-sekejap, Tengku Syahran melirikkan mata pada Zahlia.Wajah lembut itu kelihatan ayu pada pandangan matanya tiba-tiba.Kau memang telah mencuri hatiku, Alia! Desis hati Tengku Syahran.
Tengku Syahran ternampak Zahlia sedang menggosok tangan tanda wanita itu sedang kesejukan.Kalau diikutkan hati, Tengku Syahran ingin menarik wanita itu ke pelukannya.Pasti cara itu, kesejukan yang terasa akan hilang.Ah, tak mungkin berlaku!
“Kerja dah siap?” soal Zahlia memulakan perbualan.
“Dah,” jawab Tengku Syahran ringkas.
Zahlia masih menggosok-gosokkan tangannya.
“Sejuk ke?” soal Tengku Syahran pula.
“Hmm… dalam bilik tadi panas.Tak sangka pulak dekat luar terlalu sejuk.”
“Minggu depan kita akan berangkat.Tiket dah ada.Passport pun dah settle,” beritahu Tengku Syahran.
Zahlia menyepi sebentar.
“Terima kasih,” jawab Zahlia.
“Untuk apa?”
“Semua yang berlaku… Alhamdulillah hampir dua bulan kita berjaya lalui hidup dalam perkahwinan yang tiba-tiba ni kan?” soal Zahlia.
Tengku Syahran mengangguk.Tersenyum sedikit meskipun dalam cahaya yang suram.Tengku Syahran memerhati ke sekeliling taman mini.Dia sudah kehilangan idea untuk bersuara lagi.Hendak berbual tentang apa lagi? Pejabat aku? Adli dan Anissa? Tempat kerja dia? Projek Bayu Idaman? Hisyy… tak masuk akal.
“Perasaan kau, Syah! Beritahu dia tentang perasaan kau!” suara hatinya memberikan jawapan.
Tengku Syahran terkesima.Kaku terasa bibirnya untuk berbicara soal itu.Tak mungkin aku akan luahkan tentang perasaan aku padanya malam ni.Aku belum bersedia!
“Dulu, masa kau beritahu Nazirah yang kau cintakan dia, adakah kau perlukan persediaan?” soalan itu tercetus di hati nurani Tengku Syahran.
“Tak!” jawab Tengku Syahran pendek.
“Habis… gunakan cara tu.Beritahu dia secara spontan.Cepat! Sebelum terlambat.Dia dah mengantuk tu!” hasutan itu bergema lagi di hatinya.
Tengku Syahran memandang Zahlia yang sedang menutup mulut kerana menguap.Hatinya berdebar-debar.Tertunduk semula.
“Tapi aku malu!
“Dulu aku pernah beritahu dia yang aku tak akan jatuh cinta pada dia.Nanti apa kata dia?” soal Tengku Syahran.
“Tak usah fikirkan hal tu.Yang penting hati kau.Dulu, mana kau tau yang kau akan jatuh cinta.Kau kan manusia? Ada perasaan.”
Tengku Syahran menarik nafas dalam-dalam.Suara hatinya berjaya menghasut naluri lelakinya.Dia menjilat bibirnya yang terasa kering.Seolah-olah cara itu dia dapat mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu rahsia hatinya yang sudah dicuri oleh Zahlia.
Aku… saya… abang… I? Tengku Syahran terfikir-fikir.Nak guna yang mana satu? Aku? Terlalu kasar.Saya? Terlalu formal.Abang? Tengku Syahran menelan air liur.I? Tak mungkin.
Habis, yang mana satu? Aku nak guna yang mana ni? Tengku Syahran menggigit kuku.Selama ni tak pernah terfikirkan hal itu.Tetapi malam itu Tengku Syahran tercari-cari bahasa yang sesuai.Ah, guna ajelah yang mana-mana!
“Eerr… aku… ss…saya… abang dah… jatuh cinta!” Tengku Syahran bersuara perlahan.
Fuhh, lega!!! Tengku Syahran melepaskan keluhan.Dia terasa tenang selepas mengucapkan kata-kata itu.Dadanya sudah kembali pulih dari nafas yang menyesakkan.
Tetapi, Zahlia sepi di sebelah.Diam dan kaku.Tengku Syahran telan air liur.Dia masih tunduk kerana malu untuk menatap wajah Zahlia.Kenapa senyap? Dia dengarkah? Atau sudah pekak?
“Beritahu lagi sekali Syah! Kuat sikit.Dia tak dengar kot!” hati Tengku Syahran berbisik lagi.
Tengku Syahran menggigit bibir.Memberitahu sekali lagi bermakna dia perlu melepasi tahap kritikal lagi sekali.Ya, ALLAH! Bantulah aku.Doa lelaki itu.
Tengku Syahran menarik nafas semula.Lebih dalam dari tadi.Bibirnya sudah terbuka sedikit untuk mengulangi bicara.
“Ab… bang dah jatuh cinta pada Alia!” sedikit kuat ucapannya dari tadi.
Tengku Syahran terasa nyawanya hendak tercabut.Mintak-mintaklah kali ni Alia dengar! Tengku Syahran berbisik.Dia sudah bersedia dengan alasannya.Tengku Syahran jatuh cinta tanpa sedar.Nak buat macam mana? Takdir! Cakap aje macam tu.
Tetapi, Zahlia masih kaku.Tengku Syahran terus diterpa perasaan malu.Pasti Zahlia sedang mentertawakan aku kerana tewas dengan perasaan! Gerutu Tengku Syahran.
Tengku Syahran memberanikan diri untuk mengangkat wajah.Takut-takut.Tengku Syahran ternampak tangan kanan Zahlia sedang menongkat kepala.Tindak-tanduk wanita itu beku dan senyap.
Tengku Syahran mengintai wajah Zahlia.Tidak jelas kerana tiada cahaya yang terbias ke wajahnya.Tengku Syahran memanjangkan leher.Menjegil biji matanya tiba-tiba.
Laa… dia dah tidur? Maknanya dia tak dengar? Dan aku kena luahkan sekali lagi? Ya,ALLAH! Kenapa dengan aku ni? Apa dah jadi? Mengapa semua ni berlaku padaku?
Tengku Syahran bersandar di kerusi.Merenung Zahlia lagi.Nafas Zahlia kedengaran kecil dan Tengku Syahran terasa damai di jiwanya.Tangan Tengku Syahran perlahan-lahan menghampiri tangan kiri Zahlia yang sedang berada di atas meja.Dia gugup sebenarnya tetapi demi hati yang kian tersemai perasaan cinta, Tengku Syahran memberanikan diri.
Tangan kiri Zahlia sudah digenggam.Lembut dan halus sehingga meresapi ke sanubari.Tengku Syahran tunduk.Aku cintakan kau! Maafkan aku kerana tak dapat menyembunyikan lagi perasaan ini! Aku benar-benar cintakan kau.Ucap Tengku Syahran separuh berbisik.
Tengku Syahran terkejut.Zahlia sudah bergerak.Pantas Tengku Syahran menarik tangannya semula.Pada waktu itulah kelopak mata Zahlia terbuka.
“Eh, saya tertidur ya?” tanya Zahlia dalam suara seraknya.Tanpa mengesyaki apa-apa.
Tengku Syahran mengangguk.
“Hmm… ingatkan nak kejut, tak sampai hati! Pergilah naik… tidur.” Tengku Syahran berkata.
Zahlia bingkas.Dia menggaru-garu kepalanya yang masih bertudung.
Rutin dan kebiasaannya apabila keluar bilik.Mesti bertudung!
“Saya naik dulu ya?”
“Hmmm….”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Tengku Syahran merapatkan bibir.Perasaannya berperang semula.Arggghhh… bagaimana aku nak beritahu dia lagi? Soalan itulah yang menemani tidur Tengku Syahran malam itu.Entahkan lena entahkan tidak hanya Tengku Syahran sahaja yang tahu.


Bab 16
PAGI ini, Zahlia akan ke Hospital Kajang melawat Razif.Zahlia telah pun meminta izin Tengku Syahran dan dia mengizinkan.Kini, Zahlia telah sampai di hadapan pintu bilik yang tertera nama Mohd Razif.Jantungnya berdegup begitu kencang sekali.
Zahlia melangkah ke dalam bilik yang pintunya memang sudah terbuka.Matanya melilau-lilau mencari katil nombor 12 dan akhirnya dia terpandang Razif sedang merenungnya tanpa berkelip-kelip.Zahlia melangkah ke arahnya.
“Zif,” sapanya lembut.
Razif tidak menyahut.Malah segera mengalihkan tubuh ke arah lain.
“Aku minta maaf.” Zahlia berkata separuh merayu.
Razif buat tidak tahu.Hatinya masih bengkak kerana lambat mengetahui perkahwinan Zahlia.
“Zif, janganlah macam ni.Aku rasa berdosa tau.Kau buat aku rasa bersalah sangat.I’m sorry,” ujar Zahlia sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.
“Lain kali, bagilah salam dulu,” marahnya.
“Aku tengok kau macam tengah marah.Kalau aku bagi salam, nanti kau tak jawab.Aku tak nak bagi kau dosa.” Lembut Zahlia berkata.
“Aku ingat kau memang tak sudi berkawan dengan aku lagi.” Kata-kata itu membuatkan Zahlia ketawa.
“Kau tak marah?” soal Zahlia.
“Marah… tapi dah reda.Lain kali kalau kahwin, jemputlah orang,” ujar Razif.
“Ingat perkara kahwin tu boleh ber’lain kali’ ke?” soal Zahlia.
Razif terus ketawa besar.
“Kenapa tak beritahu aku, kau dah ada calon? Senyap-senyap aje.Tahu-tahu dah kahwin.”
Zahlia tersengih.Merenung Razif dengan pandangan simpati.Kesian Razif! Dia tidak tahu cerita di sebalik perkahwinan ini.Hati Zahlia berkata-kata.
“Hei, ni kenapa pulak ni? Tiba-tiba senyap aje?” kejutan itu membuatkan Zahlia tersedar.Segera dia menggeleng.
“Kau macam mana? Dah sihat?” soal Zahlia.
“Well, macam nilah Alia.Kalau sakit dah teruk begini, tak payah berubat pun tak apa.”
Zahlia mengerutkan dahi mendengar kata-kata Razif.Kata-kata itu tidak disenanginya.
“Kenapa kau cakap macam tu? Tak elok.Semuanya datang dari ALLAH.Setiap yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.Kau dah lupa apa yang pernah kita belajar dulu?” soal Zahlia sedikit tenang walaupun dia marah dengan keluhan Razif.
Kata-kata Ustazah Faridah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Setiap peristiwa ada rahmat dan hikmah yang terselindung.Semuanya datang dari ALLAH.Dia sengaja menurunkan dugaan kepada kita untuk menguji kesabaran kita.Maka, kesabaran itulah yang akan menunjukkan keimanan kita kepadaNYA.Di situlah ALLAH akan menilai ketaqwaan setiap makhluknya.”
“Entahlah Alia! Aku rasa dah banyak dosa yang aku buat sekarang ni.Bila ada benda yang tak kena aje, mesti aku membentak tak tentu pasal.Kalau macam tu, baik aku mati dari menanggung banyak dosa.” Ucapan itu berbaur sayu.Zahlia mengeluh kecil.
“Zif… Zif… sepatutnya bila fikiran dilanda buntu, kau kena mengucap panjang.Ada pulak membentak nak marah-marah.Sebab itulah, fikiran tak tenang,” jawab Zahlia selamba.
Razif tersengih kelat.Matanya jatuh ke jari-jemari Zahlia yang masih merah berinai.Walaupun inai itu sudah separuh hilang dari kukunya, hati Razif tetap terusik.Inai itu tandanya wanita itu sudah menjadi isteri orang.Razif tidak kenal siapa suami Zahlia.Namun, Razif pasti lelaki itu sungguh bertuah memiliki Zahlia.
Hati Razif dilanda cemburu.Entah kenapa sampai hari ini rasa kasihnya kepada wanita itu masih mekar.Malah, dia hampir hilang nyawa apabila mengetahui berita perkahwinan itu dari Fatimah dan yang paling penting dia masih tidak dapat menafikan kasih sayangnya sehingga ke hari ini.
“Bila nak kenalkan suami kau?” soalan yang tak terduga itu lahir dari bibir Razif.Zahlia tersenyum malu.
“Nantilah.Aku kenalkan.” Ringkas ucapan Zahlia.
Perlahan-lahan Razif mengambil tangan Zahlia mendekatinya.Zahlia tersentak.Namun, dibiarkan sahaja kerana dia tahu Razif sahabatnya yang paling setia di sisi.
“Aku akan doakan kau bahagia.Walaupun aku kecewa sebab tak berjaya memiliki kau, tapi aku yakin hidup kau akan bahagia.Lelaki itu seorang lelaki yang bertuah Alia.Bahagiakanlah dia.”
Ucapan itu membuatkan Zahlia menelan air liur.Sampai begitu sekali harapan Razif? Tiba-tiba hati Zahlia dilanda rasa bersalah.Namun bibirnya membalas senyuman kecil.
“Okeylah, aku nak pergi bank.Ada orang dermakan kau RM 30,000 untuk rawatan dan pembedahan.Nanti, aku datang melawat kau lagi,” jawab Zahlia pantas menarik tangannya yang masih di dalam genggaman Razif.
Razif mengangguk.
TENGKU SYAHRAN menaiki keretanya dengan perasaan berkecamuk.Dia tidak tahu kuasa apa yang memaksanya memerhati gerak-geri Zahlia pagi itu.Sedangkan dia tahu Zahlia akan ke hospital untuk melawat rakannya.Zahlia sendiri sudah meminta keizinannya dan dia membenarkan.
Tetapi hati Tengku Syahran bagaikan tidak senang.Selang beberapa minit Zahlia pergi, dia juga keluar.Mengikuti kereta Zahlia dari belakang.Sampai sahaja di Hospital Kajang, dia meletakkan kereta Honda Preludenya tidak jauh dari situ.
Dengan pantas dia melangkah keluar dari kereta dan mengikut Zahlia.Sampai di wad 10A, terpampar nama Razif di situ.Tengku Syahran hanya menunggu di luar.Hatinya diserbu perasaan cemburu apabila kedengaran isterinya ketawa mesra dengan Razif.Kemudian dia ternampak lelaki itu meramas-ramas jari-jemari Zahlia.Sakit benar hati Tengku Syahran dibuatnya.
“Damn!” jeritnya dan terus melangkah pergi.
Di dalam kereta dia menumbuk-numbuk stereng kereta melepaskan geram.Kenapa harus ianya terjadi? Tengku Syahran sudah mula menyayangi Zahlia.Tiba-tiba Zahlia berpaling tadah kepada orang lain pula.
Tengku Syahran membatukan diri di dalam kereta.Perbualannya dengan Adli ketika di Hotel Crystal Crown dahulu terbayang di fikiran.Waktu itu, dia dengan Zahlia masih belum berkahwin.
“KAU jangan jadi gila Syah! Aku takut kau terjatuh cinta kat dia nanti.Tak pasal-pasal kau yang parah,” ujar Adli selamba.
“Li, aku dah pernah kecewa sebab cinta.Aku dah lali.Dalam hidup aku, yang aku yakin Cuma cintaku pada Nazirah.Lepas Nazirah meninggal, semua perempuan yang datang kat aku tak pernah setia.Aku yakin aku takkan jatuh cinta pada perempuan tu,” jawab Tengku Syahran.
“Kau jangan cakap besar Syah. Orang perempuan ni lain sikit, aku bukan apa.Kau tu lelaki, pergi mana-mana pun nafsu tetap ada.Aku takut, malam pertama kau tu, terus kau terkam dia.Time tu, perjanjian entah ke mana, sayang entah ke mana,” ujar Adli.
Tengku Syahran hanya ketawa mendengar kata-kata Adli.Adli adalah teman baiknya sejak sekolah menengah sehingga melanjutkan pelajaran bersama-sama ke London.
Adli jugalah yang memperkenalkan Nazirah kepadanya.Bila berita sedih diterima tentang kematian Nazirah, Adlilah teman yang menemani Tengku Syahran.Persahabatan mereka bagaikan isi dengan kuku.
“Eleh… aku tengok perempuan tu macam mata duitan aje.Dia terima rancangan aku pun lepas aku cadangkan wang sebagai ganjaran.Tak mahulah aku hidup sekatil dengan perempuan macam tu,” ujar Tengku Syahran lagi.
Kali ini Adli pula ketawa.Tengku Syahran mengerutkan dahi.
“Kenapa?” soal Tengku Syahran kehairanan.
“Kau ni sebelum dapat, cakap beria-ia.Tengoklah lepas dapat nanti, siapa yang tersungkur.Lepas tu, kau akan datang pada aku dan cakap yang kau fall in love.Masa tu aku tak heran sebab aku dah kenal hati budi kau Syah.Lagipun aku dengar Zahlia tu lemah lembut orangnya.Pandai ambil hati.Kalau kau tak tersangkut, mak bapak kau pulak yang tersangkut.Ingat Syah, bila berdua-duaan macam-macam benda boleh berlaku.”
“Macam mana kau kenal dia, Li?” tanya Tengku Syahran pelik.
“Dulu, syarikat lama tempat aku bekerja pernah tawarkan dia satu jawatan.Aku pernah jumpa dia sekali waktu serahkan surat untuk temuduga.Tapi, aku tak tau kenapa dia tolak tawaran tu, sedangkan terlalu banyak faedah yang ditawarkan.”
“Maksud kau?”
“She is a brilliant woman! Pemilik Bachelor of Accounting.Aku tengok kelulusan dia.Fuhh… macam nak tersembul biji mata,” beritahu Adli.
Tengku Syahran terdiam.Tiba-tiba bibirnya mencebik.
“Dahlah, malas aku nak cakap dengan kau.Makin sakit hati aku,” ujar Tengku Syahran dengan nada marah.
Adli hanya ketawa besar.
Tengku Syahran tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi hon kereta di belakang.Tengku Syahran tidak sedar bila keretanya sudah berada di tengah jalan.Dia mengeluh berat.Kata-kata Adli terngiang-ngiang lagi.
Kenapa aku tak pernah ingat perjumpaan aku dengan Adli sebelum aku kahwin dengan Alia? Adli pernah berjumpa dengan Alia? Adli dah beritahu aku yang Alia ada ijazah perakaunan! Adli dah nasihatkan aku tentang perasaan manusia yang senang terpengaruh! Kenapa aku tak ingat?
Tengku Syahran merengus kecil mengingatkan peristiwa yang berlaku sebelum perkahwinannya.Waktu itu Tengku Syahran buta untuk menilai sikap dan kelembutan Zahlia.Dan betapa beraninya dia memberitahu yang hatinya takkan jatuh cinta pada wanita itu secara terang.Kecilkah hati wanita itu? Tengku Syahran sendiri tidak pernah ambil tahu.
Mungkin benar kata Adli, aku sekarang dah jatuh cinta! Habis tu, apa yang patut kulakukan? Tengku Syahran cuba mencari jalan.Akhirnya, dia memecut Honda Preludenya menuju ke Neraca Holdings untuk mencari Adli.
PINTU bilik yang tertera nama ‘Ahmad Adli’ diketuk bertalu-talu.Apabila terdengar suara orang mengarah masuk, barulah Tengku Syahran memulas tombol pintu.Kelihatan Adli sedang membelek-belek beberapa fail di atas meja.
“Hai… sibuk sangat ke, sampai tak sempat nak tengok siapa yang datang?” sapa Tengku Syahran membuatkan Adli mengangkat wajah.
Segera bibir Adli melemparkan senyuman.
“Eh, kau Syah! Sorrylah, tak sedar aku.Kau dari mana? Tadi aku ke bilik kau, tak ada orang pun,” beritahu Adli sambil menutup fail yang berselerak di atas meja.
Tengku Syahran terus melabuhkan punggung di kerusi tanpa disuruh.Dia sudah terbiasa dengan Adli yang menjawat jawatan Pengurus Sumber Manusia di Neraca Holdings itu.
“Aku dari hospital ni,” ujar Tengku Syahran.
“Siapa sakit? Ayah kau ke?” soal Adli sedikit cemas.
“Eh, tak adalah.Ada hal sikit,” jawab Tengku Syahran acuh tak acuh.
Masakan dia ingin membuka pekung di dada dengan memberitahu Adli yang dia ke hospital kerana mengintip perbuatan isterinya.Bodohlah dia!
“Apahal kau datang ni? Aku tengok muka kau macam ada problem aje, kenapa?” soal Adli pelik.
Selama ini Tengku Syahran akan masuk ke biliknya bila perlu sahaja.Itu pun kalau dia dilanda masalah.Selebihnya mereka lebih senang berjumpa di luar waktu pejabat.
Tengku Syahran menelan air liur.Hatinya memberontak ingin memberitahu Adli tentang perasaannya pada Zahlia, tetapi dia takut di tertawakan.
“Apasal ni Syah? Kau ni macam ada masalah besar aje.Macam kali pertama aku tengok semasa kau jatuh cinta dengan Nazirah.”
Tengku Syahran sedikit tersentak mendengar nama Nazirah disebut.Tetapi bukan itu persoalan yang mengganggu fikirannya saat ini.Perkara berkenaan dengan Zahlia yang mengacau.
“Syah… apasal senyap aje ni? Peliklah aku tengok kau.Kenapa ni?” Adli bertanya lagi.
Tengku Syahran menarik nafas.Dia resah duduk di situ.Serasa seperti dunianya tidak menentu dan hilang segala tarikan graviti.Dunia Tengku Syahran seakan terawang-awang.
“Syah… kau ada problem dengan Alia ke?” soal Adli berusaha memancing jawapan dari teman baiknya itu.
Tengku Syahran ingin mengangguk tetapi dia tidak jadi.Dia hanya menyorotkan pandangan pada wajah Adli yang sudah meletakkan pen di atas meja.Kelu lidahnya.
“Aku masih menunggu. Jangan sampai aku bosan dahlah.” Adli seperti memberi amaran.
Tidak terluah ucapan Tengku Syahran dirasakan.Tengku Syahran menyaruk rambutnya ke belakang dengan kedua-dua belah tangan.Berusaha mengumpul kekuatan.
“Mengapa ni?” soalan Adli semakin berbaur geram.
“Aku rasa… aku rasa… kan… aku dah jatuh cinta.” Lambat-lambat Tengku Syahran bersuara.
Adli terdiam.Terkedu juga dia.Benarkah? Pelbagai soalan terkeluar di lubuk hati Adli, tetapi Adli ketawa.Ketawanya bersambung-sambung membuatkan wajah Tengku Syahran menjadi kelat.
“Dengan siapa?” soal Adli.
Perlukah soalan itu ku jawab? Tanya Tengku Syahran di benaknya.Tengku Syahran tidak menjawab.Hanya membalas pandangan Adli yang masih ketawa.
“Wife kau tu ke? It’s impossible!” Adli meneka sendiri ketika ketawanya mula reda.
Tengku Syahran terus mengangguk.Adli menyambung ketawa kembali membuatkan Tengku Syahran bertambah malu.Lucu sangatkah bila jatuh cinta? Tak salah bukan?
“Tulah, aku dah beritahu, jangan cakap besar.Orang perempuan ni lain.Tengok apa dah jadi pada kau, baru dua bulan kau kahwin, dah surrender? Apalah kau ni Syah, lemah sangatlah.Ubat apa yang bini kau kasi sampai rupa kau teruk macam ni?”
Tengku Syahran hanya mendengar kata-kata Adli tanpa sebarang alasan.Dia tahu dia yang silap.Egonya tinggi konon-kononnya dia takkan jatuh cinta dengan Zahlia, tetapi apa dah jadi? Kalau dia tak jatuh cinta, kenapa dia cemburu melihat kemesraan Zahlia dengan pemuda yang tidak dikenali itu? Razif… ya, Razif namanya!
“Apa aku nak buat ni, Li?” soal Tengku Syahran seperti orang bingung.
“Buat apa? Pikat ajelah dia? Dia pun dah jadi bini kau, kan? Aku dah banyak kali beritahu kau supaya dekati dia dan kau dah berjaya jatuh cinta.Ini bermaksud dia pun begitu.”
“Aku taulah.Tapi, aku takut.Dia tu susah sikit, keras hati.”
Adli mengeluh.Syah… Syah… sampai dah kahwin pun, macam orang tak waras.Setiap kali jatuh cinta mesti dia tak tentu arah, desis hati kecil Adli.
“Orang yang keras hati ni, lawannya lembut.Jadi, kau kenalah berlembut dengan dia.Kalau dia dah keras hati, kau balas dengan berkeras, makin keraslah gamaknya,” jawab Adli bersahaja.
“Aku tak tahu nak mulakan dari mana.Aku pun tak sedar bila aku start jatuh cinta pada dia.Yang aku tahu, aku cemburu bila ada lelaki telefon dia.Lepas tu, dia menangis tiba-tiba.Aku cemburu tau tak!” luah Tengku Syahran masih dipagut rasa cemburu.
Adli ketawa lagi.Tak sangka Tengku Syahran semakin teruk sekarang.Kasihan, desis hati kecilnya.
“Kau ni tak habis-habis nak ketawakan aku apasal? Aku tengah bingung ni.Tolonglah aku, Li.” Tengku Syahran seperti merayu.
“Macam nilah, kau fikir apa yang Alia suka.Dia suka bunga tak? Kalau dia suka, kau belikan.Ataupun kau belikan dia barang-barang perempuan.Macam baju ke, kasut ke,” jawab Adli.
Tengku Syahran cuba memikirkan cadangan Adli.Perlahan-lahan dia menggeleng.
“Alia bukan jenis perempuan yang macam tu.Mana dia suka bunga-bunga ni.Kasut dengan baju tu pun aku rasa dia tak sukalah.Kau tengoklah cara dressing dia pun.Simple dan taklah memilih macam si Linda tu,” ujar Tengku Syahran sambil menjuihkan bibir.
“Eh, bukan ke hari tu kau yang cakap Alia tu jenis perempuan yang mata duitan? Sekarang cakap dah lain pulak?” bidas Adli sengaja memulangkan paku buah keras.
“Kau ni nak sindir aku ke, nak tolong aku?” soal Tengku Syahran seolah-olah merajuk.Adli tersengih.
“Perangai kau ni kan Syah, semakin hari semakin pelik.Dah pandai merajuk sekarang ni.Mesti si Alia tu yang ajarlah ni.Hmm… ada kemajuan,” ujar Adli sambil ketawa.
“Li!!” keras Tengku Syahran menjerit.
“Okeylah, okey, apa kata kalau kau ajak dia dinner.Time tu, kau beritahulah dia, yang kau dah fall in love pada dia.Habis cerita.”
Tengku Syahran segera teringatkan rancangan percutiannya tiga hari lagi.Perlahan-lahan dia tersenyum.
“Eh, ni apasal pulak ni.Sengih-sengih tak tentu pasal?” soal adli pelik melihat kelakuan Tengku Syahran yang tiba-tiba.
“Aku baru teringat yang aku ada buat pelan nak pergi bercuti.Haa… time tu aku beritahu dia,” ucap Tengku Syahran.
Adli mengerutkan dahi.Pelik dengan kenyataan yang baru diterima.Hari tu, dia kata perkahwinan ni sebab nak elakkan diri dari Linda.Tanpa perasaan cinta pun ada hati nak pergi bercuti? Pelik betul dia ni!
“Eh, kalau dah pergi bercuti maknanya dia taulah yang kau sayangkan dia.Buat apa kau nak takut lagi?” soal Adli.
“Sebenarnya aku rancang nak duduk jauh dari keluarga buat sementara waktu ni.Aku dengan Alia nak pergi kerjakan umrah dulu.Selepas tu, kami pergi bercuti supaya Alia dapat rehatkan fikiran dia dari famili aku.Kami pergi ni pun bukannya nak berbulan madu betul-betul, olok-olok aje,” jawab Tengku Syahran.
“Hah… buat lagi pelan macam tu.Kat sana dugaan kau lagi banyak, dahlah berdua aje.Dalam bilik sejuk-sejuk macam tu.Lagi naya Syah,” beritahu Adli.
Tengku Syahran terdiam.Yang pasti, hatinya sudah lega sikit.Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.
“Kalau dah terpaksa buat ajelah.Lagipun dia kan bini aku.Kalau aku dah tak tahan, dia tak rela, aku paksa.Takkan dia nak membantah, berdosa ingkar perintah suami.” Kata-kata Tengku Syahran itu menghamburkan ketawa lagi di bibir Adli.Adli menggeleng-geleng.
“Kau ni Syah! Tak senonoh.Cakap tak serupa bikin, hisy…pelik aku dengan orang macam kau ni.Dahlah.Kau dah makan? Kita pekena roti canai, syok jugak ni,” ajak Adli.
“Boleh jugak,” balas Tengku Syahran.
“Sejak aku jatuh cinta ni… rasa macam tak lalu nak makan,” sambung Tengku Syahran.
Adli tersenyum lucu.
“Marilah… aku bawa kau ke tempat yang jual roti canai angau.Sesuai untuk orang yang macam kau.”
Tengku Syahran membesarkan mata.Adli pula sudah mula ketawa.Akhirnya Tengku Syahran turut ketawa.Tidak tahan melihat ketawa Adli.

Bab 17

LINDA duduk menonton televisyen.Namun hatinya masih bengkak.Perkahwinan Tengku Syahran masih menjadi punca utama.Sakit hatinya masih terasa bila berita perkahwinan itu sampai ke telinganya.
Linda berasa geram.Wajah ceria Tengku Syahran sekeluarga bagaikan sembilu yang mencucuk ulu hatinya.Semua tetamu yang hadir pada hari itu memuji-muji kecantikan pengantin perempuan.Hati Linda terus dilanda cemburu yang tidak menentu.
Cis! Kurang asam! Jaga kau Alia! Buat pertama kalinya, Linda tewas.Selama ini semua kehendaknya dipenuhi.Dia mehukan kereta, mamanya akan belikan.Dia mahukan rumah, papanya sediakan banglo yang sudah siap dengan kolam renang.Kalau inginkan seorang lelaki, petik saja jari, pasti tersusun datang di hadapan mata.
“Kau perempuan murah Linda! Jangan harap aku akan berkahwin dengan kau! Aku tak ingin perempuan seperti kau untuk menjadi isteri aku.” Linda masih belum dapat melupakan kata-kata Tengku Syahran suatu ketika dahulu.
Kini, Linda terasa dia telah kalah.Tengku Syahran benar-benar mengotakan janjinya.Linda terasa dirinya kerdil sekali kerana Tengku Syahran tidak mahu dirinya dijadikan isteri.Linda tidak tahu kenapa hanya Tengku Syahran yang menjadi fokus utamanya sejak kebelakangan ini.Sedangkan semua lelaki yang pernah didampingi lebih hebat dari Tengku Syahran.Punya rupa, harta, dan pangkat yang lebih power! Bukan sahaja di tempat awam, malah sanggup menjadi teman di ranjang ketika dia ingin melepaskan nafsunya.
Alat kawalan televisyen dicapai.Siaran mula bertukar arah.Berulang-ulang.Tiada yang menarik padanya.Off.Alat kawalan itu dicampak ke hadapan.Berdentum bunyi pasu bunga yang dibeli dari Indonesia jatuh ke lantai.Pecah berderai.
Linda mencapai rokok di atas meja.Dinyalakan apinya dan disedut sedalam mungkin.Tiba-tiba kelibat Datin Rohana berlari-lari anak ke arahnya.Bunyi kaca yang pecah berderai amat memeranjatkan.Terkejut wanita itu bila melihat kelakuan anak perempuannya yang semakin tidak keruan.
“Linda, apa yang kau buat ni?” tengking Datin Rohana segera merampas rokok itu dari tangan Linda.
Linda hanya tersenyum.Fikirannya kacau.
“Mama jangan ganggu Linda.Linda bosanlah!” terkapai-kapai tangan Linda ingin mengambil semula rokok itu dari tangan ibunya.
“Kau jangan jadi gila! Benda ni tak elok untuk baby dalam kandungan kau tu,” marah Datin Rohana.
“Ala mama.Baby ni pun teringin nak merasa.Bagilah mama.Sikit aje,’ rengek Linda.
“Dah.Pergi naik atas.Ada anak perempuan pun tak boleh diharap,” jerkah Datin Rohana.
Pening kepalanya memikirkan perangai Linda sejak akhir-akhir ini.Semakin menjadi-jadi ketagihannya merokok.Tambah-tambah lagi keadaan Linda yang berbadan dua, pasti memudaratkan bayi yang sedang dikandungnya itu.Ini semua Tengku Syahran punya pasal.Jantan tak guna! Jerit Datin Rohana di dalam hati.
“Mama, bagilah mama!”
“Linda apa nak jadi dengan kau ni? Jangan kerana lelaki tu, kau nak musnahkan diri kau.Fikirkan anak dalam perut kau! Syah dah malukan keluarga kita.Sedar sikit!” Linda memandang wajah ibunya tanpa perasaan.
“Kau ingat sikit Linda, kandungan kau dah nak masuk dua bulan.Jangan harap Syah tu nak kat kau.Dia dah kahwin.Dah ada isteri.Itulah kau, dulu lagi mama dah pesan, nak enjoy tu jangan melampau-lampau sangat.Ini tak, keluar dengan jantan tak habis-habis.Malam keluar, pagi baru balik.Sampai boleh jadi anak dalam perut tu.” Lantang suara Datin Rohana membebel.
Linda sudah tidak menghiraukan kata-kata ibunya.Malas mahu melayan setiap bebelan itu.Hanya akan menambahkan sakit hatinya sahaja.Ah, biarkan!
“PAPA rasa elok kalau Linda pergi bercuti beberapa hari.Rehatkan fikiran.” Datuk Firdaus mengemukakan cadangan.
Anak perempuan kesayangannya itu tetap membisu.Tiada riak-riak ingin membalas kata-kata papanya.Datin Rohana hanya memerhatikan kelakuan Linda.Malas dia mahu membuka mulut.Suaminya itu seakan tidak mengerti perasaan anaknya.
Berita tentang kandungan Linda tidak langsung diberitahu kepada Datuk Firdaus.Kalau sampai ke pengetahuan suaminya, pasti dia akan mengamuk sakan.Entah-entah dihalaunya keluar dari rumah itu nanti.
“Linda, kau tak boleh patah semangat! Kan banyak lelaki lain dalam dunia ni.Syah bukan jodoh kau,” ujar papanya namun nasihat papanya itu tidak melekat ke dalam benaknya.
“Kau nak teman lelaki, papa boleh carikan.Kawan-kawan papa tu semuanya ada anak bujang.Kau pilih aje.Nak lawyer, doctor. Engineer? Semua ada.Apa yang kau nak risaukan?” Datuk Firdaus merenung wajah itu sepenuh kasih.
Datin Rohana mencebik.Kata-kata suaminya bukannya boleh dipakai.Takkanlah Datuk Firdaus tidak mengerti kehendak anak perempuan tunggalnya itu.Kalau berkehendakkan sesuatu pasti dipenuhi.Kini, lelaki yang telah mengutuk diri anaknya itu yang menjadi pujaannya.Tetapi tidak berjaya dimiliki.Pastinya hati anak tunggalnya itu akan terluka kerana niat Linda mendampingi Tengku Syahran adalah kerana dendam.
“Anak papa kan cantik, manja, lawa! Mesti ada yang lebih kacak menanti kau suatu hari nanti,” pujuk Datuk Firdaus lagi.
Linda medengus.Malas mahu melayan kata-kata papanya.Hatinya masih terluka.Dicampur rasa gerun dengan kandungannya yang kian membesar.Di mana ingin disorokkan perutnya apabila janin itu sampai ke usia lima bulan.Ingin digugurkan, dia takut.Sudah tiga kali dia gugurkan kandungan.Kali ini doktor tidak berani mengambil risiko.Linda terpaksa melahirkan bayi itu kalau mahu nyawanya selamat.
“Honey, papa bawa kau berjalan ke London nak? Kita satu family pergi holiday,” cadang Datuk Firdaus lagi.
“Tak payahlah papa.Linda tau jaga diri.” Keras Linda menjawab sebelum melangkah pergi meninggalkan papa dan mamanya di situ.
“Itulah awak, bagi muka sangat dengan anak.Tengok apa dah jadi?” marah Datuk Firdaus kepada Datin Rohana ketika Linda hilang di balik tangga.Datin Rohana mendengus.
“Abang jangan nak tuduh saya! Salah abang jugak.”
“Eh, Rohana! Siapa sebenarnya yang ikut sangat cakap anak? Awak tu, Linda suruh beli kereta, awak belikan.Dia nak rumah, awak paksa saya beli.Sekarang semua benda yang dia nak, kena jadi milik dia.Itu, suami orang tu pun nanti dirampasnya,” bentak Datuk Firdaus kuat.
“Abang, abang kena ingat Linda tu satu-satunya anak yang kita ada.Abang tau tak betapa payahnya saya nak melahirkan dia sebelum doktor sahkan yang saya tak boleh beranak lagi.Harta yang kita ada ni pun tak habis kalau kita beli sepuluh biji banglo lagi bang,” balas Datin Rohana semakin kuat.Datuk Firdaus mengeluh.
“Ha, itulah modal yang awak ungkitkan.Kalau wang itu kita pergi Mekah mengerjakan haji, kan elok anak-beranak.Ini, bila saya ajak awak banyak sangat alasannya.Ada meetinglah, busylah.Itulah, inilah! Kali ni saya dah daftarkan nama kita sekeluarga.Kalau awak tak nak pergi dahlah.Biar saya pergi sendiri.” Datuk Firdaus terus bangun dan meninggalkan Datin Rohana di situ.

Bab 18

TENGKU HAKIMI dan Sofea sedang berada di dalam kereta.Mereka sedang menuju ke pejabat guaman milik rakan Sofea.Masing-masing tidak bersuara.Maklumlah pertama kali bersama.
“Cikgu, cikgu tak kisah kalau saya panggil nama?” soal Tengku Hakimi dengan nada yang tersipu-sipu.
Sofea tidak menjawab pertanyaan Tengku Hakimi.Dia hanya melemparkan senyuman.Beberapa minit kemudian, Sofea pula bersuara.
“Kalau saya tanya Kimi satu soalan, Kimi boleh jawab tak?”
“Depends on the question.Tanyalah?”
Lagu I Don’t Wanna Miss A Thing nyanyian Aerosmith berkumandang di dalam kereta.Suasana sunyi seketika.
“Bagaimana Kimi kenal dengan bekas isteri Kimi?”
“Kenapa tanya soalan tu?”
Sofea hanya menggeleng.Dia tidak tahu apa yang hendak dijawab.Kemudian dia mengalihkan pandangan ke luar.
“Kami kenal dalam satu pertemuan yang diatur oleh keluarga,” ujar Tengku Hakimi.
“Kimi sayangkan dia?” soal Sofea masih memandang ke luar.
“Terlalu walaupun ia berputik melalui cinta pandang pertama.Kemudian kami berkahwin tapi tak sangka perkahwinan kami hanya sempat bertahan selama dua tahun aje.Dia tak setia sedangkan saya bermati-matian menyintai dia.”
Sofea menoleh pada Tengku Hakimi yang sudah berubah wajah.Menyesal pula kerana membuka cerita itu.Tetapi hatinya membuak-buak ingin mengetahui kisah lelaki itu.Dia berasa selesa berdamping dengan anak jiran sebelah rumahnya itu.
“Maafkan saya kalau pertanyaan saya telah membuatkan Kimi terkenangkan kisah silam.”
“Tak apa.Kisah tu dah lama berlalu.Dia betul-betul dah berubah.Saya akan cuba menerima hakikat itu.Yang penting, Murni milik saya sepenuhnya.”
“Tapi dia juga mama kepada Murni.Bukan niat saya mahu mencampuri urusan peribadi Kimi.Tapi, sebagai seorang wanita, saya dapat rasa yang dia merindui anaknya.”
“Saya tak halang dia menjenguk Murni, Sofea! Dia ada hak untuk datang berjumpa dengan Murni tapi saya takkan benarkan Murni tinggal dengannya sepanjang hayat.”
“Murni pulak macam mana? Dia masih kecil dan memerlukan kasih seorang mama.Kimi tak boleh memikirkan hal ini bagi sudut Kimi aje.Kena fikirkan jugak kehendak Murni.”
“Maksud Sofea?”
“Di sekolah, Murni selalu bertanyakan hal yang pelik-pelik.Setiap hari pasti ada perkataan mama yang disebut.Saya kasihankan dia, Kimi!”
Sofea teringatkan kata-kata Tengku Murni beberapa hari yang lalu yang menyuruhnya menjadi mama kepadanya.Tersentuh hati Sofea mendengarnya tetapi dia hanya mendiamkan diri.Hanya hari ini baru dia berkesempatan bercerita tentang hal itu.
Tengku Hakimi terdiam.Dia pula teringat kata-kata Tengku Murni bersama Tengku Syahran beberapa hari yang lalu.Tengku Hakimi tahu anaknya memang rindukan belaian kasih seorang mama.Cuma dia yang masih takut untuk memperjudikan hidupnya kepada seorang wanita yang bergelar isteri.Dia takut cintanya dipermainkan lagi.Masih terasa keperitannya sehingga kini.
“Kahwinlah lagi, Kimi.Ia bukan aje baik untuk Murni tetapi jugak untuk Kimi.Takkan selamanya Kimi mahu hidup bersendirian?” soal Sofea lembut.
Hati Tengku Hakimi tersentuh mendengar ayat Sofea.Dikerling sekilas ke arah Sofea.Gadis manis yang bertudung itu.Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang aneh terbit dalam sanubarinya.Tengku Hakimi mengeluh.
“Kalau saya pilih Sofea sebagai calon mama kepada Murni, Sofea sudi terima?” tanpa diduga Tengku Hakimi berkata begitu.
Sofea terkedu.Semakin laju denyutan jantungnya.Dia melamar akukah?
“Saya beri Sofea masa untuk fikirkan hal ini.Kalau Sofea setuju, saya akan suruh mak dengan ayah saya masuk meminang.Kita kahwin secepat mungkin.Saya tak perlukan masa untuk bercinta sebelum kahwin.Cukuplah sekadar saya mendapat seorang isteri yang setia dan mampu menjaga saya dan Murni seikhlas hati.Saya akan bercinta melalui itu.”
Sofea tertunduk.Kelu lidahnya untuk membalas kata-kata Tengku Hakimi.Pada waktu itu mereka telah sampai di hadapan firma guaman milik rakan Sofea.Enjin kereta telah dimatikan.Sofea membisu di dalam kereta.
“Tolong fikirkan Sofea.Saya tau tindakan saya terburu-buru.Tapi saya perlukan wanita yang dapat menyayangi Murni lebih dari diri saya.Saya dapat lihat ciri-ciri itu dalam diri Sofea,” ujar Tengku Hakimi lagi.
Sofea terus membisu.
“Jika betul-betul Sofea setuju, percayalah… saya takkan sia-siakan hidup Sofea.Saya akan cuba menyintai dan menyayangi Sofea dengan syarat, setia!”
Sofea mula menoleh ke arah Tengku Hakimi.Melawan pandangan mata lelaki itu.
“Soal jodoh saya telah serahkan pada umi dan ayah saya.Kalau Kimi mahu jadikan saya sebagai isteri, berjumpalah dengan umi dan ayah saya dulu,” beritahu Sofea sedikit gugup.
Tengku Hakimi tersenyum dan mengangguk.
“Terima kasih.Saya akan hantar mak dan ayah saya.Jomlah… kita dah sampai.”
Tengku Hakimi keluar diikuti Sofea dari belakang.
“KAMU nak kami meminang Sofea?” tanya Tengku Badariah sedikit terkejut.
“Betul ke ni? Kamu tak main-main?” ayahnya Tengku Ismail pula inginkan kepastian.
Tengku Hakimi telah menyuarakan hasratnya itu pada suatu malam ketika mereka sedang duduk bersembang.Tengku Ismail terkejut dengan pengakuan anaknya itu.
Selepas memberitahu hasratnya itu, Tengku Hakimi tidak bersuara.Hatinya berdebar-debar.Benarkah tindakannya? Tidakkah tergesa-gesa?
Tiba-tiba wajah Sofea terbayang di ruang mata.Senyumannya memikat kalbu, tingkah lakunya sopan.Orangnya lembut.Jauh berbeza dengan Raja Jasmin.Sudah jatuh cintakah aku? Tengku Hakimi tertanya-tanya dalam hati.
“Mak tak nak kau ambil keputusan yang tergesa-gesa.Nanti apa pulak kata ayah dan umi Sofea? Tak pasal-pasal mereka ingatkan kau nak kahwin dengan Sofea sebab terdesak.Takut kehilangan Murni.” Suara Tengku Badariah memecahkan lamunan Tengku Hakimi.
Tengku Hakimi mendongak memandang emaknya.Memang jelas raut emaknya itu kelihatan risau.
“Kimi dah fikirkan semalaman.Kimi rasa Sofea yang sesuai jadi mama kepada Murni.Lagipun Sofea ada beritahu yang soal jodohnya telah diserahkan pada ayah dan uminya.Mak dan ayah hanya perlu merisik,” balas Tengku Hakimi.
“Kamu tak takut kalau keluarganya menolak?” tiba-tiba Tengku Ismail bersuara.
Tengku Hakimi menelan air liur.Tidak langsung dia terfikirkan tentang hal itu.
“Kemungkinan lamaran Kimi ditolak mungkin datang dari ayah atau uminya.Kalau Sofea, Kimi rasa dia dah setuju.Kimi dah tanya dia face to face, dia yang cadangkan suruh Kimi tanya pada ayah dan uminya,” beritahu Tengku Hakimi.
“Kalau begitu hal ni dah tak jadi masalah.Kau beritahu Sofea, malam ni kita datang ke rumahnya.Yah, awak cari cincin untuk buat syarat.Kalau pinangan diterima, barulah beli yang betul-betul,” ujar Tengku Ismail.
Tengku Hakimi tersenyum lega.Debaran di dadanya mula hilang dan segera dia melangkah ke tingkat atas untuk menghubungi Sofea.
Bab 19
“Sofea yakin boleh bahagia dengan Kimi?” soal Encik Ishak sambil merenung tepat wajah anaknya yang kelihatan malu-malu itu.Sofea tidak berani memandang wajah ayahnya.Begitu juga dengan wajah uminya, Puan Solehah.
Ketika itu, mereka sedang duduk beristirehat sambil menikmati angin malam di luar rumah mewah dua tingkat milik Encik Ishak.Sofea tidak bersuara, dia sebenarnya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan.
Encik Ishak masih lagi menanti jawapan dari anak perempuan tunggalnya itu dengan penuh sabar.Puan Solehah pula hanya menjadi pendengar setia sejak tadi.Tidak pula ingin berkata apa-apa.
Selepas keluarga Tengku Hakimi pulang, Encik Ishak terus mendapatkan Sofea.Ingin bertanya dari hati ke hati.Terkejutnya bukan kepalang.Entah mengapa tiba-tiba sahaja Tengku Badariah dan Tengku Ismail bertandang bersama beberapa saudara-mara ke rumahnya dengan tujuan tertentu.Ketidakwujudan Tengku Hakimi dan anak-anak Tengku Ismail yang lain tidak pula menimbulkan apa-apa kemusykilan di hatinya.
Tahu-tahu sahaja Sofea hendak dirisik oleh jirannya itu.Encik Ishak terangguk-angguk sahaja.Seolah-olah sudah sedia maklum dengan rombongan tersebut.Padahal hatinya masih terkejut.
Encik Ishak terpaksa meminta sedikit waktu sebelum memberi kata putus.Sofealah satu-satunya anak yang dia ada.Dialah permata hati dan penyeri dalam rumah tangganya setelah hampir 20 tahun usia perkahwinannya dengan Puan Solehah.
Encik Ishak tidak mahu hati Sofea disakiti.Apatah lagi membiarkan anaknya menjadi mangsa kepada sesiapa yang berdampingan semata-mata untuk mengambil kesempatan.Jika diberi peluang, biarlah Sofea dikurniakan seorang suami yang benar-benar menyayanginya.Itulah harapan Encik Ishak.
Encik Ishak mengeluh.Wajah lembut Sofea dipandang lagi.Kemudian beralih kepada isterinya pula.Tiada apa-apa reaksi.
“Ayah bukan apa Sofea, ayah tak mahu Kimi kecewakan perasaan Sofea.Ayah tak mahu dia terima Sofea semata-mata kerana anaknya.Bukannya ayah tak suka budak Kimi tu.Tapi… “
“Ayah, Sofea dah fikir masak-masak.Sofea yakin, Kimi boleh bahagiakan Sofea.Lagipun dia dah berjanji akan menyayangi Sofea kalau Sofea bersetuju menjadi isterinya.Kan itu yang ayah nak,” potong Sofea segera.
Tiba-tiba Puan Solehah mencapai tangan Sofea.Lalu digenggam erat dan penuh kasih.Sofea hanya membiarkan sahaja.Turut menggenggam jari-jemarinya uminya yang tersayang.
“Umi nak Sofea fikir panjang.Jangan kerana ikutkan perasaan, Sofea pulak yang kecewa.Kimi dah ada anak.Pendapat umi sama macam ayah.Umi takut Kimi gunakan Sofea sebagai alasan agar hak penjagaan Murni jatuh ke tangannya.Itu Sofea kena ingat.” Akhirnya Puan Solehah mengeluarkan bicara.Lembut penuh memujuk.
Demi mendengarkan ucapan Puan Solehah, Sofea menarik tangannya pantas.Kurang senang dengan alasan uminya.
“Jadi, umi dan ayah tak setuju dengan lamaran Kimi?” Sofea bertanya sebak.
Entah… Sofea sendiri tidak pasti mengapa harus dia menangis dan bersedih sekiranya dipaksa menolak lamaran Tengku Hakimi.Yang Sofea tahu, hari itu adalah satu-satunya hari yang dinanti-nantikan dalam hidup.Saat di mana dia disunting oleh seorang lelaki untuk dibawa ke alam baru.Alam yang tidak pernah diimpikan semenjak dia melihat Tengku Hakimi bersanding dengan Raja Jasmin dahulu.
Sungguh, Sofea benar-benar kecewa bila melihat pasangan raja sehari itu kelihatan secocok bersanding di pelamin mewah.Saat itu, hati Sofea bagaikan disiat-siat.Jiwanya bagaikan ditikam-tikam.
Sofea kecewa.Namun hanya di dalam hati dia memendam segala-galanya.Berhari-hari dia mogok tak bercakap.Hanya berkurung di dalam bilik seharian.Ayah dan uminya juga tidak pernah diberitahu tentang perasaan itu.
Kini, sungguh tak terduga, lelaki yang dikasihi dalam diam itu telah melamarnya untuk dijadikan suri hidup seterusnya dijadikan mama kepada anak comelnya itu.Bukankah itu yang paling dinantikan Sofea? Tapi mengapa mesti wujud lagi halangan yang mahu menyekat kebahagiaannya? Sampai bila harus dia mengalah tanpa berusaha mencari kebahagiaan sendiri?
Sofea tunduk.Serentak dengan itu, air matanya gugur ke bumi.Mulai pasrah andaikata itu suratan yang telah ditentukan dalam hidupnya.
Encik Ishak dan Puan Solehah berpandangan.Tidak mengerti dengan tingkah laku Sofea yang menghairankan.Pantas mereka mencapai tangan Sofea lalu diusap manja.
“Kenapa Sofea menangis?” soal Encik Ishak perlahan.
Sofea hanya mendiamkan diri.Wajahnya kembali muram.Ia benar-benar merunsingkan fikiran ayah dan uminya.
“Sofea,” panggil uminya pula.
Sofea tetap membisu.Kemudian mengeluh kecil sambil membiarkan matanya terpaku pada Villa Sakura.
“Ayah dan umi bukannya menyekat kebahagiaan Sofea.Jauh sekali mahu memaksa Sofea supaya menurut kehendak kami.Kami dah berikan kebebasan kepada Sofea untuk memilih calon suami.Tapi, kenapa mesti Kimi?” suara Encik Ishak kedengaran lagi.
Sofea menyeka air mata yang sudah beransur kering.Dia menarik nafas dalam-dalam.Wajah ayahnya ditentang dengan berani.Berupaya untuk mengukir senyuman walaupun hambar.
“Kalau ayah dan umi dah fikirkan baik dan buruknya untuk Sofea, biarlah Sofea aje yang mengalah.Sofea tak mahu digelar anak derhaka.Esok, ayah berilah kata putus pada mereka.Katakan Sofea sendiri yang tolak lamaran Kimi.”
Sofea bersuara pasrah.Nada sebaknya cuba disembunyikan.Dengan longlai dia bangun.Tanpa sepatah bicara, Sofea melangkah meninggalkan ayah dan uminya.
Encik Ishak dan Puan Solehah yang memerhati berasa pelik dengan tingkah laku Sofea.Bagaikan ada sesuatu yang sedang berlaku kepada anak gadis mereka.Apa bendanya? Tiada jawapan yang tercetus di minda masing-masing.SUASANA hening malam itu.Hanya kedengaran gemersik bunyi angin yang berdesir membelai tubuh pasangan manusia yang hanya membisu sejak tadi.Tiada ucapan yang terluah.Hanya suasana malam yang dingin menemani mereka.
Tengku Hakimi kelihatan tenang.Sofea yang duduk tidak jauh darinya juga bersikap tenang.Kedatangan Tengku Hakimi ke rumah Sofea yang tiba-tiba setengah jam yang lalu benar-benar mendebarkan.
Sofea tahu tujuan kedatangan Tengku Hakimi.Sofea sudah bersedia dengan jawapannya.Sekarang, Sofea hanya menantikan saat lelaki itu berbicara.
Lamunan Sofea hilang.Keluhan kecil Tengku Hakimi kedengaran sayup-sayup di telinganya.Sofea menjeling sekilas ke arah Tengku Hakimi.Zapp!! Jantung Sofea bagaikan direntap.Mata Tengku Hakimi berlaga dengan anak matanya.Pantas Sofea melarikan anak matanya ke sudut lain.
“Sofea, apa yang Sofea mahu sebenarnya? Kan Sofea yang beri saya harapan.Kenapa mesti Sofea jugak yang kecewakan saya?” Tengku Hakimi meluahkan perasaan yang terbuku di dada.
Sofea tunduk.Tidak berani bertentang mata dengan Tengku Hakimi.Takut hatinya tewas.
“Please… say something! Kenapa Sofea tolak lamaran saya? Saya nak tahu sebabnya.Semalam Sofea sendiri yang beritahu, soal jodoh telah Sofea serahkan kepada ayah dan umi.”
“Memang saya serahkan kepada ayah dan umi saya.Jadi, apa masalahnya?”
“Kenapa Sofea menolak?”
“Sebab saya belum bersedia menjadi seorang isteri,” jawab Sofea pantas.
Tengku Hakimi mendengus.Jawapan Sofea tidak dapat diterima.
“Saya tak percaya.Sofea melayani Murni seperti anak sendiri.Tak mungkin kerana alasan itu aje, Sofea menolak kehadiran saya dalam hidup.Atau… kerana status saya sebagai duda beranak satu yang membuatkan Sofea tawar hati untuk menerima lamaran saya?” Tengku Hakimi cuba menduga.
“Jangan menuduh saya seolah-olah saya ni terlalu memilih! Saya bukan jenis macam tu.Apa yang saya lakukan adalah untuk diri saya sendiri.Saya berhak mencari kebahagiaan hidup yang saya impikan.”
“Dengan menolak lamaran saya? Bererti saya tak mampu memberikan Sofea kebahagiaan, begitu?” Tengku Hakimi memintas.
Sofea mengeluh kecil.Jika dia terus-menerus menjawab setiap persoalan yang dicetuskan oleh Tengku Hakimi, alamatnya topik yang ingin dibincangkan takkan tamat.
“Please Kimi.Lupakanlah niat untuk memperisterikan saya.Carilah seorang perempuan yang benar-benar mampu menyayangi Kimi dan Murni seikhlas hati.Saya tak mampu berikan kebahagiaan dan kasih sayang kepada Kimi dan Murni.”
Akhirnya Sofea mengalah.Baginya itu yang terbaik daripada dipanjang-panjangkan lagi perbalahan.Sofea sudah tidak sanggup membohongi perasaannya.Dia bimbang air matanya gugur di hadapan Tengku Hakimi.
“Saya dapat lihat ciri-ciri itu ada dalam diri Sofea sebab itu saya tak teragak-agak untuk memilih Sofea sebagai isteri seterusnya mama kepada Murni.Saya yakin Sofea perempuan yang sesuai untuk mengasihi saya dan Murni seikhlas hati.” Tengku Hakimi berusaha memujuk.
“Saya tak dapat tunaikan permintaan Kimi.Maafkan saya.”
“Sofea bingkas bangun.Perlahan-lahan ingin meninggalkan Tengku Hakimi.Namun Tengku Hakimi lebih pantas bertindak.Pergelangan tangan Sofea dicapai dan digenggam kuat.Sofea terkesima dengan tindakan itu.
“Apa ni? Lepaskan saya.”
Sofea berusaha menarik tangannya.Namun tidak berdaya.Cengkaman tangan Tengku Hakimi terlalu kuat.Mujurlah lengan baju Sofea betul-betul menutupi auratnya.
“Kimi, please,” rayu Sofea.
Tengku Hakimi buat-buat tak dengar.Tangan Sofea ditarik mengikut langkahnya.Sofea terikat.Malah terpaksa mengikut jejak langkah Tengku Hakimi yang semakin dekat dengan pintu rumah Encik Ishak.Dada Sofea semakin gementar.Apa yang akan dibuat?
Di waktu yang sama, Puan Solehah dan Encik Ishak sudah berada di muka pintu.Seolah-olah terkejut dengan kemunculan Tengku Hakimi yang selamba memegang tangan Sofea.Nasib baik beralas, bisik hati kecil Puan Solehah.
Langkah Tengku Hakimi berhenti di hadapan ayah dan umi Sofea.Tubuh Sofea ditarik mendekatinya.
“Pakcik, makcik, saya nak minta izin untuk mempertisterikan Sofea.Jika pakcik dan makcik izinkan, esok saya sendiri akan hantarkan cincin tunang dan lusa kami bernikah.”
Kata-kata Tengku Hakimi itu benar-benar memeranjatkan Sofea.Encik Ishak dan Puan Solehah juga terlopong sejenak.Masing-masing bagaikan tidak percaya dengan tindakan Tengku Hakimi.
“Maafkan saya kerana terburu-buru.Bukan kerana terdesak, tapi kerana saya tak mahu lepaskan Sofea ke tangan lelaki lain.Saya berjanji akan menjaga Sofea sepertimana pakcik dan makcik menjaganya dengan baik.Saya akan belajar mencintainya sepenuh hati.Tetapi, izinkanlah saya berikan kebahagiaan dan menagih kasih darinya.Izinkanlah saya pakcik.” Tengku Hakimi menyambung lagi.
Sofea memandang ayah dan uminya dengan wajah kurang percaya.Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa.Lidahnya kelu dengan tindakan spontan Tengku Hakimi.
“Kimi, ikut pakcik sekejap.Kita berbual-bual,” pinta Encik Ishak setelah agak lama mendiamkan diri.
Tengku Hakimi menurut.Mereka berjalan seiringan ke ruang rehat.Meninggalkan Sofea dan Puan Solehah terpinga-pinga.Puan Solehah kemudian mendaratkan anak matanya ke arah Sofea.Tetapi pandangan itu sengaja tidak ambil pusing oleh Sofea.Segera dia berlalu ke ruang tamu.
Sofea menekan alat kawalan jauh untuk melihat siaran televisyen.Namun di hatinya, dia sedang gelisah.Entah apa pula yang ayahnya akan perkatakan kepada Tengku Hakimi dan apa pula yang akan Tengku Hakimi jelaskan tentang penolakan lamarannya.
Ya ALLAH! Bantulah aku!
“Sofea,” panggil satu suara.
Sofea tersentak.Encik Ishak sedang berdiri tegak bersama-sama Tengku Hakimi dan Puan Solehah di sisi.Semuanya berwajah serius.Sejak bila mereka berada di situ, tidak pula Sofea sedari.
“Sofea sudi jadi isteri Kimi?” soal Encik Ishak.
Sofea membeliakkan mata.Senyuman ayahnya tidak dapat ditangkap maksud.Kemudian mata Sofea beralih pada Puan Solehah.Bibir uminya juga sedang tersenyum.Tengku Hakimi pula hanya mendiamkan diri.
“Sofea, apa jawapan Sofea? Terima atau tak? Kalau terima, esok bertunang dan lusa bernikah.Kalau tak, kita tamat di sini aje.” Encik Ishak bertanya lagi.
Sofea menelan air liur.
“Diam tu, kalau ikut orang dulu-dulu, setujulah tu.” Kedengaran suara uminya ceria.
Sofea terasa wajahnya merah.Segera dia bangun dan melangkah ke dapur dengan senyuman malu.
Ketika berada di dapur, sayup-sayup suara gelak ketawa ayah dan uminya menyapa ke telinga.
“Jagalah Sofea sebaik mungkin.Pakcik terlalu menyayanginya sampai tak sanggup melihat dia dikecewakan walau sebesar kuman sekalipun.” Kedengaran suara ayahnya menaruh harapan kepada Tengku Hakimi.
Sofea sebak.Dia terasa air matanya mula bertakung.
“Insya ALLAH pakcik.Saya berjanji.” Suara Tengku Hakimi pula kedengaran.
Sofea cuba memasang telinganya lagi.Sengaja ingin mencuri dengar perbualan mereka.
“Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang tanggungjawab.Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan ayah dengan baik.Itu janji saya.Pakcik dan makcik janganlah risau.Jika berlaku apa-apa pada Sofea, hukumlah saya.” Ucapan ikhlas itu benar-benar membuatkan Sofea terasa bahagia.


Bab 20
KELUARGA Tengku Hakimi melangkah keluar dari mahkamah dengan senyuman lega.Tengku Murni adalah hak mutlak Tengku Hakimi.Raja Jasmin tidak boleh mengganggu hidupnya lagi.Dia hanya boleh melawat Tengku Murni di hujung minggu sahaja.
Raja Jasmin berlari keluar.Mendapatkan Tengku Hakimi yang sedang berbual-bual dengan peguamnya.
“Kimi… Kimi please jangan buat I begini.Murni anak I jugak.” Tangan Tengku Hakimi ditarik ke arahnya.
“Lepas!” tengking Tengku Hakimi.
Raja Jasmin melepaskan tangan lelaki itu.Kebanyakan orang yang berada di pekarangan luar mahkamah menumpu ke arah mereka.Pelik.
“Please Kimi… maafkan I.I silap kerana pilih lelaki tu. Dia buat I macam pelacur Kimi.”
“Itu bukan urusan I. I tak mahu ambil tahu.Kita dah bercerai.No more.” Tengku Hakimi berkata tegas.
“Kimi, I still sayangkan you.Sampai hati you buat I begini.”
“Sayang? You sayang I? Kalau you cakap macam tu empat tahun dulu, mungkin benda macam ni takkan berlaku Jasmin.Sekarang dah terlambat.Sayang I dah tak ada untuk you.Dah mati.”
Raja Jasmin menangis tersedu-sedu.Habis melunturkan make-up yang dipakai.
“I sedar, I buta menilai cinta you, Kimi.But now I’ve changed.I still love you honey.I can still be a mom for our child.” Raja Jasmin menghampiri.Mengusap tangan Tengku Hakimi lembut.
“Shut up! Setelah apa yang you lakukan pada I, you ingat I akan senang-senang terima you semula.You silap, Min.I tak semudah yang you sangkakan.” Tengku Hakimi menepis tangan yang bergayut itu.Hatinya membara.
Raja Jasmin tidak mudah mengalah.Dia menghampiri lagi.
“Sayang… kenapa cakap macam tu? Kita boleh mulakan percintaan baru. I akan berubah. I akan jadi isteri yang baik untuk you.” Lembut dia bersuara.
“Sudah. I tak perlukan you lagi.I’m not your husband anymore and I don’t want that things happen again.Perempuan macam you tak sesuai hidup dengan I dalam ikatan perkahwinan.Lupakan niat you,” bantah Tengku Hakimi dengan nada kuat.
Dia mula melangkah jauh.
“Tapi I masih perlukan you,” jerit Raja Jasmin.Semua yang ada di situ dapat mendengar dengan jelas.
“Berubahlah Jasmin.Terima hakikat yang kita tak ada jodoh.Tak ada chemistry.Cari kehidupan you sendiri.Bukan untuk I tapi mungkin untuk orang lain.I tak mahu hidup dengan you lagi. I dah ada isteri yang boleh berikan I dan Murni kasih sayang yang telah you abaikan.
I sayangkan dia.Dan yang paling penting, dia sayangkan Murni. I tak marah kalau you nak datang melawat Murni. I akan benarkan Murni bermalam di rumah you kalau you mahu. I tak akan sekat pertalian azali antara you dengan Murni.But… you must change yourself and don’t try to make mistake again.” Panjang lebar Tengku Hakimi berkata.Cuba memujuk bekas isterinya.
Raja Jasmin sudah menangis teresak-esak.Menyesalnya tidak sudah-sudah.Dia pasrah apabila Tengku Hakimi berlalu pergi meninggalkan dia seorang diri.
Tengku Hakimi berjalan ke arah keluarganya.Dia segera memeluk tubuh isteri yang baru dinikahi semalam.Dicium dahi isterinya sekali.
Sofea tersentak dengan perlakuan suaminya.Dia memandang wajah itu dengan perasaan hairan.
“Sofea mesti janji dengan abang yang Sofea tak akan kecewakan hati abang ya?” soal Tengku Hakimi penuh perasaan.
Sofea tersenyum memandang Tengku Hakimi.Dia mengangguk kemudiannya.
“Sofea janji bang,” ucapnya perlahan.
Tengku Hakimi membalas senyuman isterinya.Dikucup sekali lagi wajah itu sepenuh kasih.
“Papa, mama, jomlah balik.” Suara Tengku Murni mengganggu pasangan yang sedang merenung sesama sendiri itu.Tengku Hakimi menggenggam jari-jemari isterinya.
“Jom sayang,” ucapnya dengan senyuman.
Tengku Syahran dan Zahlia serta ahli keluarga yang lain masih berada di luar pekarangan mahkamah.Mereka sungguh kagum melihat kemesraan Tengku Hakimi dan Sofea.
Tengku Syahran memandang Zahlia dengan rasa cinta yang begitu mendalam.Terus dia mencapai pergelangan tangan Zahlia lalu digenggam lembut.
Zahlia terkejut dengan tindakan Tengku Syahran.Mahu sahaja ditepisnya tetapi bila menyedari mereka berada di tempat umum, dibiarkan sahaja.Peluang itu diambil sepenuhnya oleh Tengku Syahran.
Mereka melangkah sambil berpegangan tangan menuju ke kereta.Di dalam hati Tengku Hakimi terdetik, kenapalah dia tidak sedar yang selama ini, anak perempuan jiran sebelah rumahnya benar-benar diciptakan untuknya? Kenapa dia boleh berjumpa dengan Raja Jasmin terlebih dahulu dari menemui Sofea? Ah, segala-galanya telah ditentukan.
Bab 21

ZAHLIA berasa semakin pelik.Semenjak sampai ke bandaraya Tokyo, sikap Tengku Syahran berlainan sekali.Layanan Tengku Syahran begitu romantis membuatkan Zahlia tertanya-tanya di dalam hati.
Sudah dua minggu Zahlia dan Tengku Syahran meninggalkan Villa Sakura.Setelah selamat mengerjakan umrah, Zahlia dan Tengku Syahran bertolak ke Tokyo.Mereka sampai di Lapangan Narita, Jepun lebih kurang pukul 12.00 tengah hari.Terus Tengku Syahran mencari teksi untuk membawa mereka ke Tokyo Station Hotel.
Seharian masanya dihabiskan di dalam bilik dengan berehat.Zahlia tidak sedar bila dia tertidur.Dia cuma tersedar apabila jam tangannya berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Dia bingkas bangun dan mendapati Tengku Syahran sudah tidur di kerusi panjang.Terus Zahlia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.Selepas menunaikan Solat Zohor, Zahlia menuju ke arah Tengku Syahran.Tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan-lahan.Nafasnya kedengaran terlalu letih.
“Syah…” Zahlia memanggil.
Beberapa ketika kemudian barulah Tengku Syahran tersedar.
“Em… nak apa?”
Sejak menunaikan umrah bersama-sama, hubungan mereka semakin baik.Mereka sudah berbual dan kadang-kadang bergelak ketawa bersama.Zahlia berpuas hati kerana Tengku Syahran tidak lagi menggunakan bahasa kasar bila berbicara dengannya.Itu adalah doanya!
Tengku Syahran mengangguk dan terus bangun.
Selepas menunaikan solat Zohor, Tengku Syahran duduk di birai katil.Ketika itu, Zahlia sedang duduk membelek peta Tokyo di kerusi panjang yang menghadapnya.
Gerak geri wanita itu diperhatikan tidak jauh dari tempatnya.Lama matanya jatuh ke pipi wanita itu.Kemudian jatuh ke bibirnya pula.Tengku Syahran menelan air liur.
Hati Tengku Syahran bergelodak lagi.Mahu sahaja dia menarik Zahlia ke dalam pelukannya saat itu.Perlahan-lahan Tengku Syahran bangun dan menuju ke arah Zahlia.Punggungnya dilabuhkan di sisi wanita itu.
“Alia tengok apa?” soalnya lembut.
Zahlia menoleh sekilas ke arah Tengku Syahran yang sedang merenungnya.Bibir Zahlia mengukir senyuman.Tengku Syahran tidak membalas.Tetapi matanya tepat memandang bibir wanita itu yang merekah.
“Tengok peta ni.” Ringkas Zahlia menjawab.
Kertas di tangan ditunjukkan kepada Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak berminat dengan peta itu.Yang sedang berlegar-legar di fikirannya ialah Zahlia.Perlahan-lahan Tengku Syahran menghampirkan wajahnya ke arah wanita itu.Zahlia yang merasakan hembusan nafas hangat di telinganya segera berpaling dan mendapati wajah Tengku Syahran semakin hampir.
Zahlia tersentak.Dia cuba menolak wajah itu, tetapi tidak berjaya.Hidungnya sudah bertemu dengan bibir lelaki itu.Hatinya mula berdebar-debar melihat renungan Tengku Syahran.Tengku Syahran melangkah ke arahnya.Zahlia berasa seram sejuk.
Zahlia ingin melarikan diri tetapi tubuh Tengku Syahran telah pun berada di hadapannya.Zahlia terkedu.Dia menelan air liurnya yang dirasakan tersekat di kerongkong.Mata Tengku Syahran masih merenung wajahnya.Tengku Syahran menolak tubuh Zahlia ke katil.Zahlia terpempan.
“Apa ni Syah?” marah Zahlia dengan perasaan berdebar.
Tengku Syahran membisu.Rambut wanita itu dibelai halus.Bibirnya mengukir senyuman.
“Aku cintakan kau.”
Zahlia terdengar ucapan lelaki itu.Zahlia rasa ingin pengsan.
“Jangan… “ Zahlia hampir menjerit.
“Aku cintakan kau, Alia.” Tengku Syahran mendekatkan wajah.
Tetapi Zahlia bertindak pantas.Dia bangun setelah menolak tubuh Tengku Syahran.Zahlia berlari menuju ke bilik air membiarkan Tengku Syahran dilanda perasaan kecewa.
ZAHLIA keluar dari bilik air sejam kemudian.Terintai-intai mencari Tengku Syahran dan bibirnya tersenyum puas apabila mendapati Tengku Syahran tiada di bilik ketika itu.
“Yes! Dia dah tak ada!”
Zahlia ingin duduk di kerusi panjang.Namun belum pun sempat dia melabuhkan punggungnya di kerusi itu, Tengku Syahran tiba-tiba terpacul di muka pintu.Zahlia tersentak.Wajah Tengku Syahran kelihatan begitu kecewa.
Zahlia ingin bangun dan berniat melarikan diri ke bilik air semula.Namun, tangannya segera disambar oleh Tengku Syahran.Zahlia terperangkap.
“Syah, lepaskan saya!” ucapnya.
Tengku Syahran menggeleng dan semakin kuat mencengkam pergelangan tangannya.
“Syah, please.”
“Kenapa dengan Alia ni? Kenapa Alia nak lari dari abang?” soalnya lembut.
“Abang?”
Zahlia pelik dengan bahasa yang digunakan.Mana perkataan aku, kau yang biasa terkeluar dari bibir Tengku Syahran.Zahlia semakin gerun.
“Syah!”
“Panggil ‘abang’ sayang.”
“Syah, apa dah jadi pada awak ni? Awak dah lupa syarat-syarat yang patut awak patuhi.Mengucap Syah.Kita berkahwin atas dasar apa? Ingat sikit.”
“Tapi abang dah sayangkan Alia.Hari-hari abang menghadap Alia.Abang dah tak tahan.Abang tak boleh nafikan yang abang sayangkan Alia.Abang tak mahu kita berlakon aje, abang nak lebih dari itu,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia terasa bulu tengkuknya meremang.Segera dia menggeleng.Kelakuan Tengku Syahran semakin melampaui batas.Dia sendiri sudah tidak sanggup menghadapi situasi begini.Zahlia takut dia akan menyerah diri.Tak! Aku tak cintakan dia! Aku tak cintakan dia ! Jeritnya di dalam hati.
“Tolonglah Alia.Abang terpaksa berterus-terang, abang dah sayangkan Alia.I love you so much.Abang tak boleh kehilangan Alia.Kita jangan berpisah, Alia!” kata-kata itu membuatkan Zahlia tersentak.
Zahlia ingin menjerit mengatakan tidak tetapi apa kuasanya? Sedangkan dia tahu lelaki itu berhak ke atasnya? Arghhh…. Kenapa ini yang terjadi?
“Syah, apa sebenarnya ni? Mana pergi janji awak.Jangan jadi bodoh Syah.Buang perasaan sayang awak tu cepat-cepat.Walau apa pun yang terjadi, saya tetap mahukan perpisahan.Saya tak cintakan awak.” Keras Zahlia berkata.
“Please Alia.Kita mulakan dari awal.Kita bercinta.Abang sayangkan Alia.” Kata-kata yang diluahkan membuatkan Zahlia semakin terkejut.
“Syah… apa kenanya ni? Awak dah tak waras ke? Awak kena ingat, saya tolong awak ni hanya sementara.Perjanjian kita hanya sementara.Jangan nak memandai-mandai mengubah pulak,” bentak Zahlia semakin tidak tahan dengan karenah lelaki itu.Tangan Zahlia meronta-ronta meskipun ianya terikat kuat di tangan Tengku Syahran.
“Ah, walau apa pun yang terjadi, abang tetap nakkan Alia.Biarlah apa nak jadi pun,” ucap Tengku Syahran lagi sambil jari telunjuknya mengusap pipi Zahlia.
Zahlia ingin mengelak tetapi tangan lelaki itu semakin galak menyentuh pipinya.Kini, bibirnya pula dijadikan mangsa.Lama bibirnya bertaut dengan bibir lelaki itu.Zahlia sudah tidak mampu mengelak lagi.
“Alia, bagi abang peluang? Kita jalankan hidup kita sebagai suami isteri yang sah seperti pasangan lain ya?” ujar Tengku Syahran.
“Tak… saya tak cintakan awak.Tolong jangan begini Syah! Beristighfar banyak-banyak.Tolonglah lepaskan saya dulu,” rayu Zahlia sambil menangis teresak-esak.
“Abang dah jatuh cinta.Alia kena faham… ini bukan main-main.Abang dah jatuh cinta sebelum kita bercuti lagi.Sejak tangan abang melecur dulu,” beritahu Tengku Syahran sambil melepaskan tangan Zahlia.
Zahlia duduk di birai katil.Terasa lemah seluruh urat sarafnya.
“Kenapa awak biarkan?”
“Ia datang sendiri.Abang tak sedar.”
“Patut awak elakkan.Benda ni takkan berlaku.Kita takkan bercinta,” ujar Zahlia bersungguh-sungguh.
Zahlia pernah memikirkan hal itu dahulu tetapi Zahlia belum bersedia.Malah, tidak pernah terlintas di fikiran untuk tidur sekatil dengan lelaki yang hanya dikenali beberapa hari.Tambah-tambah lagi Zahlia sudah semakin mual dengan sikap Tengku Syahran yang sudah berlebihan.
“Abang dah tak boleh lari, abang cintakan Alia,” ujar Tengku Syahran lemah.
Zahlia menggeleng.Dia tidak dapat menerima hakikat itu lantas Zahlia melangkah keluar dari bilik hotel dan meninggalkan Tengku Syahran bersama satu perasaan yang sukar dimengertikan.
Mengapa dia boleh jatuh cinta? Tanya Zahlia ketika kakinya sudah berada di luar hotel.Zahlia berjalan sendirian.Tidak tahu hala tujunya.Zahlia perlukan ketenangan.Fikirannya begitu kusut.
Syah sudah jatuh cinta pada aku.Dan aku, adakah aku juga telah jatuh cinta padanya? Soalan itu bermain-main di benak Zahlia.
Zahlia menelan air liur.Setitis air mata menitik ke pipi.Zahlia hanya membiarkannya.Dia terasa langkahnya longlai dan lemah.Aku nak ke mana? Tanya Zahlia sendiri tetapi kakinya masih bergerak dan Zahlia tidak mahu menjawab persoalan itu.Dia terus mendiamkan diri bersama langkah kaki yang dihayun tanpa arah.
ZAHLIA tidak dapat melelapkan mata malam itu.Terkebil-kebil dia merenung siling hotel yang diterangi cahaya suram dan malap.Sesekali dia menoleh ke arah Tengku Syahran yang sudah lama terlena di kerusi panjang.
Petang tadi selepas bertengkar, Zahlia terus keluar berjalan-jalan di sekitar bandaraya Tokyo.Hati yang buntu cuba dirawat dengan membawa diri.Apabila pulang, Tengku Syahran sedang menantinya.Senyuman manis tidak lekang dari bibir lelaki itu.
Zahlia pelik.Sudah redakah segala perasaan lelaki itu? Itulah soalan pertama yang terpacul di benaknya.Zahlia tidak membalas dan terus melabuhkan diri di birai katil.
Malamnya, selepas menunaikan solat Maghrib, Tengku Syahran mengajaknya keluar ke Tokyo Walt Disney.Kalau diikutkan hati, memang Zahlia malas mahu pergi.Tambah-tambah lagi hanya berkepit berdua.Namun, apabila Tengku Syahran merengek seperti budak kecil, Zahlia terpaksa menurut.
Entah apa kenalah dengan lelaki ni? Berjanji tak serupa bikin.Kalau aku tahu begini sudahnya, jangan harap aku nak tolong dia.Cis! Ingat aku ni apa?
Tiba-tiba dia teringatkan Razif.Mesti Razif sedang sibuk menjalani rawatan.Seminggu sebelum Zahlia ke Mekah, dia ada menyerahkan duit untuk pembayaran pembedahan.Nasib baik Razif tak banyak soal.Kalau dia tahu dari mana aku dapat, mesti dia tak mahu terima.
Namun, fikirannya terus terbayang pertemuannya dengan Linda.Ketika itu dia ke Bank Eon untuk menunaikan cek.Zahlia tidak tahu Linda adalah salah seorang pegawai bank di situ.
“Rasanya I kenal you, kan? Wife Syah right?” soal Linda.
Zahlia terasa ombak di dadanya semakin ganas.Wajah Linda di tatap dengan rasa gundah.Namun dia cuba menenangkan diri.Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Linda?” tanyanya lembut.
Zahlia buat-buat tidak kenal.Linda mencebikkan bibirnya.Tanda meluat melihat Zahlia.Inilah orangnya yang telah menghancurkan harapanku, detik hati kecilnya.
“Wow, banyaknya duit you Alia? From Tengku Syahran bin Tengku Ismail, transfer to your account? Emm… baru beberapa hari kahwin, dah tinggalkan duit? Thirty thousand? Niat apa ni?” soal Linda seolah-olah mengesyaki sesuatu.
Zahlia mengetap bibir.Mencari nafas ketenangan untuk menyusun kata-kata.
“Tempat Alia bekerja ada buat program kutipan derma untuk salah seorang pekerja yang menghidap kanser perut.Syah adalah salah seorang penyumbangnya.”
Linda mencebik lagi.Menatap wajah Zahlia membuatkan hatinya membara.Dia marah kerana wanita itu berjaya dipilih oleh Tengku Syahran sebagai isteri.Linda bengang kerana dia ingin membalas dendam pada Tengku Syahran yang pernah menghinanya suatu waktu dahulu dan kini tidak berjaya.
“Eleh, nak buat baiklah tu.Kau jangan nak tunjuk lagak Alia.Benci aku menengoknya.Entah apa ubat yang kau dah bomohkan Syah tu sampai sanggup tunduk menerima kau.Kau tak kenal siapa Syah tu Alia.Aku yang kenal dia dulu dari kau.Kau tunggu ajelah, apa yang dia buat pada kau nanti.” Kata-kata Linda seperti mengugut.
Zahlia masih kelihatan tenang.Itulah yang membuatkan hati Linda berang.Dia sakit hati melihat wajah tenang Zahlia.Serasa mahu dicekik leher wanita itu dan ditoreh wajahnya dengan pisau tajam.Itu pun belum pasti sama ada dia sudah puas atau tidak.
“Aku tak kisah sebab aku kenal siapa suami aku.Kau tak payah nak nasihatkan aku.Aku boleh handle sendiri,” ujar Zahlia sinis.
Zahlia masih boleh bersabar.Tetapi bahasa yang digunakan sudah lari dari yang sebenarnya.Zahlia lebih senang ber’aku’ dan ber’kau’ sekarang.
Linda mengancingkan gigi.Zahlia berani bertindak begitu kerana Linda sedang berada di bilik pejabatnya.
“Kau kurang ajar! Kau perampas!Syah milik aku!” jerit Linda sedikit kuat.
Zahlia bersikap selamba.
“Tapi kenapa dia tak pilih kau sebagai isteri? Kenapa dia datang pada aku?”
“Perempuan tak guna!” ucap Linda keras.
Kali ini Zahlia gagal mengawal kesabarannya.
“Kenapa dengan kau ni Linda? Nak marah-marah aku ni kenapa? Kalau kau nak sangat Syah tu, kau ambiklah.Aku tak heran pun.Kau beritahu dia yang kau dah gilakan dia.Ajak dia kahwin dengan kau.Kau marah-marah aku ni pun, bukannya luak apa-apa.Menambahkan dosa lagi ada.” Zahlia berkata dalam nada marah.
“Kau dah berani cakap besar sekarang ni Alia.Tak sedar diri! Kau tu ingatkah yang kau berasal dari mana? Dari tempat anak-anak yatim tu Alia.Asal-usul kau sendiri pun tak siapa tau sebab kau ni bayi pungut.Bayi yang orang jumpa di tengah-tengah semak.Entah-entah kau ni anak luar nikah?”
Zahlia rasa mahu menangis tetapi dia cuba tahan.Dia tidak mahu terus kalah dengan tuduhan itu walaupun dia juga sering mempertikaikan perkara yang sama.
“Suka hati kaulah nak cakap aku ni apa, Linda.Anak luar nikah ke? Anak haram ke? Aku tetap isteri Syah.Kalau kau menjerit kutuk aku sekalipun, tak boleh mengubah takdir.Syah dah jadi suami aku.Nak buat macam mana?” Zahlia mengangkat bahu.Sengaja menambahkan geram di hati Linda.
Setelah segala urusan selesai, Zahlia segera berlari keluar dari bank itu.Dia menangis sepuas-puas hatinya apabila berada di dalam kereta.Dia tidak tahu, kenapa dia jadi lemah ketika itu.Ya ALLAH! Bantulah aku.
BUNYI tapak kaki menghampirinya mengejutkan Zahlia.Pantas Zahlia menutup matanya.Dan tiba-tiba dia terasa dahinya dikucup lembut.Apabila kucupan itu tidak terasa, Zahlia membuka matanya dan mendapati Tengku Syahran sudah berlalu ke kerusi panjang.Lalu, merebahkan diri di situ.
Hati wanitanya tersentuh.Zahlia bersimpati pada Tengku Syahran.Lelaki itu jatuh cinta di tempat yang salah.Zahlia sebenarnya tidak mahu terikat dengan sesiapa.Dia kenal siapa dirinya yang tiada ibu bapa.
Zahlia terpaksa menyekat perasaan sayangnya.Zahlia juga terpaksa berbuat begitu agar dirinya tidak jauh hanyut dalam rasa sayang yang sementara.

No comments:

Post a Comment