Thursday, August 22, 2013

alhamdulillah..tercapai juga

alhamdulillah tercapai juga niat aku untk bf danish..syukur pada Allah susu aku cukup untuk danish,,sekarang kena start wat stock..yer ler dah nak mula kerja..ari tu aku try bg susu formula dia xmau..cian danish..bby manja ibu nie nak melekat jer kat ibu dia..lpas nie xleh ler..waktu malam jer leh melekat..kikikiki
danish dah 3bulan

Friday, July 26, 2013

DAH BERSAWANG BLOG AKU..

SALAM...dah lama xbuka blog nie..yer ler sibuk memanajang tambah ada bby kecik nie..alhamdulillah bby nie xder ler meragam mcm ank yg sulung tu..
skarng cuti 3bulan mcm2 blh buat..xpi kadang2 boring jg..yer la dulu asyik kerja jer..kikiki
nie gmbr bby baru..kikikiki
muhammad danish ryqal

Friday, February 1, 2013

Alhamdulillah..kandungan 21 minggu

Aku bersyukur padaMu ari nie kandungan ku dah 21 minggu..kejap jer rasanya..kelmarin gi scan teruja aku melihat pkembangan bby..so cute..kikikikiki seronok tak terkt ( mcm ngandung kali ptama jer )..doc kt aku mgkin dapat bby boy..kikikiki

Minggu ke 20

Otot janin semakin kuat tiap minggu. Jika Ibu masih belum bisa merasak gerakannya, Ibu akan merasakannya sekarang. Ibu mungkin salah mengartikan gerakannya pertama kali sebagai angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelembung didalam. Bayi akan bergerak sekitar 200 kali sehari, tapi Ibu akan merasakan sedikit dari semua gerakan.


Minggu ke 21

Panjangnya sekitar 28 cm. Ibu akan merasakan lebih banyak gerakan karena bayi makin aktif. Minggu ke 22 Bayi akan sadar akan lingkungannya dan bayi akam merasa tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan diperut. Tubuh bayi mulai memproduksi sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawan penyakit dan infeksi. Minggu ke 23 Panjangnya sekitar 23 cm. Sekarang ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhnya. Saat ini janin terlihat sama seperti akan lahir nanti tapi lebih kecil dan kurus saat ini. Ibu dapat mendengarkan detak jantung janin dengan stetoskop. Pertumbuhan otak sangat cepat.

Friday, January 4, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

SEKEJAP JER RASA DAH MASUK TAHUN 2013..ANAK AKU PUN DAH MASUK SEKOLAH TADIKA..TAHUN NIE TAHUN BERMAKNA BERTAMBAH LAGI AHLI KELUARGA AKU..INSYALLAH DUE DATE 14/06/2013 DAPAT BABY LAGI..LELAKI @ PEREMPUAN ITU KENTENTUAN ALLAH S.W.T

Thursday, November 1, 2012

alhamdulillah..rezeki Allah S.W.T

alhamdulillah dah lama aku xbuka blog nie..xder masa nak menaip..tambah ujung2 tahun nie byk keje nak buat..
alhamdulillah seltelah 2 bulan keguguran Allah memberi rezeki lagi pada aku..kali nie aku kena jaga elok2..ari rabu ari gi scan...seronok aku doc bg tau janin dah nmpak..nmpak jntung dia...kikikikiki..xpi doc xleh buat ukuran lg sbb bby kecil lg...

Wednesday, August 15, 2012

pengujung ramadhan

ari nie dah 27 ramdhan..terasa sekejap jer umat islam berpuasa..aku p dah habis pntang..thun beraya ala kadar jer..kiki..bukan per sekarang sibuk buat tempahan biskut ray...xmenang tangan dibuatnya..nasib baik ler da my hubby leh ler tolong2 sikit..kikiki xsabar nak raya..baju bby xhabis lagi beli..lagi 3 ari lagi nak raya..dan ker x lg nie..huhuhuhuhuhu

Tuesday, July 31, 2012

Keguguran Dan Berpantang

 ari nie masuk ari ke 5 aku bpntang keguguran..kat sini aku ambil dari blog http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/05/keguguran-dan-berpantang.html..utk pnduan aku n kwn2 smua..

 Keguguran Dan Berpantang

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.


Tempoh Pantang Keguguran

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.


Pantang Larang Keguguran

Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.

Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.

Aku Redha Dengan KetentuanMu...

26/07/12..aku gi klinik atas nasihat hubby..jika keluar lg darah+coklat..smpai jer klinik aku tnya dia der efek p2 klau keluar darah..dia kt xder p2..dia ckp br permulaan..bby nak mnjadi( confius jg sbb first bby xder jd mcm nie)..then aku jmpa doc..dia p scan..dia kt xder mslh p2..kantung jer ader..doc nak chek dalam..( nasib doc ladies..kikikikiki)..doc chek mcm darah tu nak kluar..terus dia refer aku ke hos parit bntr..
              smpai jer hos punya ler lama tnggu doc..doc p tnya p mslh(xder chek p pun..)trus dia bw gi scan lg skali..doc tu ckp kandungan still ok lg..ptg tu aku leh blik..dpt ler mc 3ari doc srh rehat kat umah n jgn buat keje brat2.
balik umah..xleh buat p2..mlm sblm tido perut trasa sakit mcm nak period..( dlm hati dah redha dgn p yg akn blaku..selang 1jam trasa sakit..trus msuk toilat tgk der sgumpal darah (mcm ati ayam.) keluar..mlm tu sj 4kali keluar..pakai pad p pnh..
27/07/12 lbh kurng pkul 4 a.m perut aku trasa sakit sngat solah2 mcm nak bsalin...trus gi toilat..ddk skejap trasa mcm sesuatu nak keluar..( dln kpala nie ingt mgkin drah nak kluar lg..redha jer..)..bkn drah xpi nmpk mcm sketul daging..xder rupa lg mcm janin..trus prt rs ok..
lpas sahur cerita kat hubby..dia kt mgkin gugur..cll klinik..dia sruh datang..( nie p ats nasihat kwn srh pi klinik..)diorng mrh doc hos..knp xtahan aku...doc scn kt kat dalam dh kosong..xder p2..trus diorng refer aku ke hos taiping..doc sn chek p kt dh ksong n xperlu buat dnc..lega hati aku..kn tahan 1mlm kat hos..
28/07/12 doc chek xder p2 mslh n blh blik..lpas nie kn pantng sama sperti org lpas salin..huhuhuhuhu
org keguguran nie pantang dia lepas ketat dari org lpas bsalin..panas sangat p xleh n sejuk sangt p xleh..sentiasa pkai stokin...kiikiki

*aku redha dengan ketentuanMu..bkn rezeki aku..insyallah lpas nie blh lg..kikikikikikikiki..lps nie pmakanan kn slalu jg..jgn dok bjln sangat..( mgkin jg ms awl khamilan aku byk bjln..drive jauh2..sbb keje...pernah skli aku tjth..mgkin jg pncanya..xtau mgkin dah takdirNya..)